Utusan Borneo (Sarawak)

Fukushima: Tiga bekas eksekutif ke mahkamah

Mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kecuaian profesiona­l dalam bencana loji nuklear pada 2011

-

TOKYO: Tiga bekas eksekutif daripada pengendali loji nuklear Fukushima yang dilanda tsunami di Jepun dihadapkan dalam perbicaraa­n semalam, yang pertama pernah berdepan mahkamah jenayah berhubung dengan kecairan pada 2011 yang menyebabka­n sebahagian besar kawasan di luar bandar tidak dapat didiami.

Bekas pengerusi Tokyo Electric Power ( TEPCO) Tsunehisa Katsumata, 77, bekas timbalan presiden Sakae Muto, 66, dan Ichiro Takekuro, 71, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan kecuaian profesiona­l mengakibat­kan kematian dan kecederaan, lebih enam tahun selepas kemalangan atom terburuk dalam satu generasi.

Katsumata memberitah­u mahkamah Tokyo ia adalah mustahil bagi dia untuk mengetahui lebih awal secara langsung bagi risiko gelombang air besar yang melanda pantai timur laut Jepun pada Mac 2011.

“Saya meminta maaf bagi masalah yang sangat besar terhadap penduduk di kawasan itu dan seluruh negara kerana disebabkan oleh kemalangan serius yang menyebabka­n pembebasan bahan radioaktif,” kata Katsumata dalam suara yang kurang jelas didengari, sambil menundukka­n badannya.

Namun “saya percaya saya tidak mempunyai tanggungja­wab jenayah dalam kes itu”.

Pertuduhan itu adalah yang pertama – dan satu-satunya – dakwaan yang berpunca daripada kecairan reaktor akibat tsunami di loji yang menyebabka­n krisis atom terburuk sejak Chernobyl pada 1986.

Sekiranya disabitkan, mereka berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun atau denda sehingga satu juta yen.

Pendakwa raya telah menolak sebanyak dua kali untuk mengemukak­an dakwaan terhadap mereka, memetik bukti yang tidak mencukupi dan peluang tipis bagi pensabitan.

Namun satu panel penilaian kehakiman yang terdiri daripada rakyat biasa memutuskan pada 2015 bahawa ketiga-tiga mereka akan dihadapkan di perbicaraa­n, yang memaksa pendakwa raya meneruskan kes tersebut di bawah undangunda­ng Jepun.

“Sejak kemalangan, tiada sesiapa yang telah bertanggun­gjawab mahupun menyatakan dengan jelas kenapa ia berlaku,” Ruiko Muto, yang mengetuai kumpulan yang mendesak bagi perbicaraa­n, memberitah­u AFP di luar mahkamah daerah Tokyo pada pagi semalam.

Penduduk yang dipindahka­n, Yoshiko Furukawa, berada di luar mahkamah semalam bersama dengan beberapa orang lagi yang meninggalk­an rumah masing-masing selepas bencana tersebut.

“Apa yang saya hilang pada 11 Mac, 2011 merupakan satu kehidupan biasa,” kata Furukawa, yang sekarang menetap di bandar berlainan.

“Sebagai seseorang yang tidak mengetahui apa- apa (tentang risiko bencana, saya sekarang berada dalam tahun ketujuh sebagai seorang yang dipindahka­n.”

Pendakwa raya memberitah­u mahkamah semalam beliau akan cuba untuk membuktika­n bahawa ketiga-tiga defendan telah mampu untuk mengagak risiko bagi tsunami besar dan gagal untuk mengambil langkah sepatutnya dalam menangani risiko itu.

Ketiga- tiga mereka telah hadir pada mesyuarat keselamata­n di mana pakar mengemukak­an ketinggian yang dijangkaka­n bagi tsunami berlaku di luar pantai Fukushima, jelas beliau.

Defendan mempunyai akses untuk data dan kajian menunjukka­n kepada risiko bagi serangan tsunami mengatasi 10 meter di kawasan yang boleh menyebabka­n kehilangan bekalan elektrik dan kemalangan teruk, tambah beliau.

“Sekiranya mereka telah menunaikan tanggungja­wab mereka bagi keselamata­n, bencana ini mungkin tidak berlaku,” kata pendakwa raya.

Satu laporan awal oleh panel kerajaan menyatakan TEPCO menganggar­kan impak tsunami ke atas loji pada 2008 dan memutuskan bahawa satu gelombang setinggi 15.7 meter akan berlaku selepas gempa bumi sekuat 8.3 pada skala Richter.

Ombak setinggi 14 meter melanda sistem penyejukan reaktor pada Mac 2011 selepas gegaran sekuat 9.0 pada skala Richter dan mencetuska­n bencana yang menyebabka­n kira-kira 18,500 orang terkorban atau hilang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? TIDAK BERPUAS HATI: Anggota kumpulan pengadu mengadakan perhimpuna­n di hadapan Mahkamah Daerah Tokyo semalam di mana tiga bekas eksekutif TEPCO berdepan perbicaraa­n jenayah pertama berhubung dengan bencana loji nuklear Fukushima Daiichi pada 2011.
— Gambar Kyodo/Reuters TIDAK BERPUAS HATI: Anggota kumpulan pengadu mengadakan perhimpuna­n di hadapan Mahkamah Daerah Tokyo semalam di mana tiga bekas eksekutif TEPCO berdepan perbicaraa­n jenayah pertama berhubung dengan bencana loji nuklear Fukushima Daiichi pada 2011.
 ?? — Gambar Reuters ?? MENGAKU TIDAK BERSALAH: Gambar serahan agensi berita Kyodo menunjukka­n tiga bekas eksekutif TEPCO (dari kiri) Katsumata, Takekuro dan Muto.
— Gambar Reuters MENGAKU TIDAK BERSALAH: Gambar serahan agensi berita Kyodo menunjukka­n tiga bekas eksekutif TEPCO (dari kiri) Katsumata, Takekuro dan Muto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia