Jadikan ruang eratkan silaturahim: Gerawat
TIMBALAN Speaker DUN, Datuk Gerawat Gala mahu hubungan baik dan rapat di kalangan masyarakat di kawasannya dikekalkan dengan menjadikan musim perayaan sebagai peluang dan ruang mengeratkan hubungan dan silaturahim di kalangan mereka.
Katanya, amalan kunjung-mengunjungi pada hari raya secara tidak langsung turut mengeratkan hubungan persaudaraan dan juga persahabatan di kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama di konstituensi Mulu.
“Sehubungan itu, ahli-ahli rombongan yang menyertai saya sempena kunjungan hari raya Aidilfitri kali ini terdiri daripada rakanrakan daripada pelbagai kaum, Orang Ulu, Iban serta Cina, sebagai menggalakkan dan membuktikan perpaduan yang amat baik di kalangan penduduk di Kampung Melayu Lubok Nibong di sini,” jelasnya.
Justeru, beliau melahirkan rasa amat terharu dengan lawatan kali ini yang menyaksikan pengunjung yang ramai, sejumlah 64 orang, yang didatangkan khas menggunakan sebuah bot ekspress yang disewa khas oleh Gerawat sendiri, sekali gus menunjukkan kerjasaman penuh di antara kaum yang ada.
Gerawat yang juga ADUN Mulu memberitahu Kampung Melayu Lubok Nibong ialah satu-satunya Kampung Melayu dalam konstituensi Mulu dan ia amat istimewa sekali kepada penduduk dan rakyat di kawasan berkenaan.
Justeru kehadiran Gerawat ke kampung berkenaan turut membawa khabar gembira apabila beliau bersetuju dengan permohonan ketua kaumnya, Medli Moss, agar membina sebuah jeti di kampung tersebut.
“Kedua ialah kita akan membina projek jalan simen di sekeliling rumah yang ada di kampung ini dan ketiga ialah permohonan mengenai jalan raya akan