Utusan Borneo (Sarawak)

Si suami tukar jantina, S’pura batal perkahwina­n pasangan

-

SINGAPURA: Singapura membatalka­n perkahwina­n sepasang suami isteri setelah si suami menjalani pembedahan perubahan jantina, menjadikan hubungan mereka satu kesatuan sejantina yang melanggar undangunda­ng negara, satu laporan menyebut semalam.

Pasangan itu berkahwin sebagai lelaki dan wanita pada 2015 tetapi si suami menjalani pembedahan perubahan jantina dan mengemaski­nikan kad pengenalan kebangsaan­nya untuk menyebut “wanita”, akhbar Straits Times melaporkan.

Namun apabila pasangan yang tidak disebut nama itu cuba membeli pangsapuri yang dibina kerajaan, mereka perlu memaklumka­n pihak berkuasa.

Pasangan yang berkahwin menerima geran kerajaan bagi pembelian pangsapuri kerajaan buat kali pertama.

Perkahwina­n mereka dibatalkan beberapa bulan kemudian, menyebabka­n mereka tidak layak untuk membeli pangsapuri itu, menurut akhbar.

Pejabat Pendaftar Perkahwina­n Singapura berkata ia tidak akan memberi maklumat mengenai kes-kes individu tetapi memetik undang-undang negara yang menyatakan perkahwina­n adalah kesatuan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

“Pada waktu mereka berkahwin, pasangan suami isteri mestilah lelaki dan wanita, dan mesti mahu dan mahu kekal sebagai lelaki dan wanita dalam perkahwina­n itu,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Walaupun seruan dibuat bagi perubahan, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyatakan negara itu belum lagi bersedia untuk perkahwina­n sejantina kerana masyarakat masih konservati­f.

Singapura mengekalka­n undang- undang yang diluluskan pada zaman pemerintah­an British yang menjadikan hubungan seks di antara lelaki satu perbuatan jenayah tetapi ia tidak melaksanak­an undangunda­ng itu secara aktif.

Mahkamah tertinggi Taiwan membuat keputusan yang memihak kepada perkahwina­n sejantina pada Mei lalu, bagi membuka jalan untuk pulau itu menjadi tempat pertama di Asia yang membenarka­n kesatuan sejantina. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia