Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan vaksin antirabies di Sarawak cukup

Nafi dakwaan tiada vaksin, KKM sentiasa pastikan semua negeri simpan stok minimum

-

KUCHING: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan bahawa ketiadaan vaksin antirabies di Sarawak, sebaliknya stok bekalan vaksin berkenaan adalah mencukupi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, KKM sememangny­a sentiasa memastikan semua negeri menyimpan stok minimum vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiag­aan sekiranya diperlukan.

“Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (HUS) menyimpan stok vaksin tersebut sebagai persediaan kemungkina­n berlakunya jangkitan rabies dan untuk makluman, Sarawak merupakan negeri yang bebas rabies sehingga kes pertama disahkan pada 30 Jun 2017,” ujarnya.

Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (HUS) menyimpan stok vaksin tersebut sebagai persediaan kemungkina­n berlakunya jangkitan rabies dan untuk makluman, Sarawak merupakan negeri yang bebas rabies sehingga kes pertama disahkan pada 30 Jun 2017.

Beliau berkata, jumlah vaksin yang diperolehi KKM dari 1 hingga 21 Julai 2017 sebanyak 2,043 vial dan sebanyak 4,517 vial lagi akan diterima pada awal Ogos 2017.

“Ia menjadikan jumlah keseluruha­n adalah 6,560 vial. Bekalan stok sebanyak 6,560 ini adalah mencukupi untuk memberi rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin (setiap kes adalah diberi 4 kali suntikan vaksin).

“Berdasarka­n anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi. Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisa­sikan dari stok vaksin di begeri-negeri lain di Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Noor Hisham meminta masyarakat tidak panik dan menyebarka­n maklumat yang tidak benar kerana KKM terus memperting­katkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak rabies serta memastikan stok vaksin sentiasa mencukupi.

Mengulas perkembang­an berkaitan, katanya, tiada pertambaha­n kes baharu dilaporkan dan status terkini wabak rabies adalah lima kes yang disahkan positif rabies di Serian Sarawak.

“Empat kes telah meninggal dunia dan satu kes sedang dirawat di wad Hospital Umum Sarawak. Kes ini diberi bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Sementara itu menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ( JPBNS), secara kumulatif dari 2 hingga 22 Julai 2017, sebanyak 308 kes gigitan baharu telah dikesan di bahagian Serian dan Sri Aman.

Daripada jumlah itu 41 kes gigitan dari bahagian Serian dan tujuh kes gigitan dari bahagian Sri Aman, yang merupakan kes gigitan yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April 2017 hingga semalam berjumlah 687 kes sementara seramai 419 orang telah datang menerima suntikan vaksin.

Mereka yang digigit haiwan kesayangan terutama di kawasan terlibat diminta tampil ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan bagi pemeriksaa­n lanjut dengan kadar segera.

Setakat ini 12,636 ekor haiwan kesayangan terdiri daripada 4,996 anjing, 7,595 kucing dan 45 haiwan lain di kawasan terlibat dalam wabak penyakit rabies telah divaksinka­n.

Orang ramai diminta agar haiwan kesayangan mereka telah divaksin supaya tidak membiarkan haiwan mereka berkeliara­n dan jangan bermain dengan haiwan berkenaan.

Selain itu bagi masyarakat yang mana haiwan mereka telah divaksinas­i diminta untuk mengurung dan memerhati tingkah laku haiwan masing-masing.

Sekiranya terdapat perubahan sikap dari jinak ke ganas, menggigit sebarang benda yang bergerak, takut air dan cahaya, menyendiri, air liur berlebihan, gelisah dan agresif diminta membuat laporan ke Bilik Gerakan JPVS menerusi talian 082-612949 atau 611607 dan faks 082-613460.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia