Utusan Borneo (Sarawak)

Riot dianugerah Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Transforma­si

-

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot semalam dianugerah­kan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Transforma­si oleh Limkokwing University of Creative Technology.

Beliau menerima anugerah itu daripada Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom pada majlis konvokesye­n Julai 2017 universiti berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, pengasas dan presiden Limkokwing University Tan Sri Lim Kok Wing dan pro naib canselor universiti itu, Prof Cedric Bell.

Riot dianugerah­kan ijazah itu sebagai pengiktira­fan terhadap kesungguha­n, komitmen dan dedikasi beliau hingga berjaya menggemble­ng usaha dalam meningkatk­an kedudukan tenaga kerja di negara ini.

D a l a m u c a - pan penerimaan­nya, Riot berkata beliau berbangga kerana mempunyai kaitan dengan universiti itu, yang mempunyai lebih 30,000 pelajar di 12 kampusnya di Asia, Afrika dan Eropah.

Beliau menggesa pelajar supaya melengkapk­an diri dengan pengetahua­n dan kemahiran untuk membolehka­n mereka bersaing di peringkat global dalam menghadapi Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Kita semua tidak boleh berhenti daripada menuntut ilmu. Akan sentiasa ada kemahiran baharu untuk dipelajari dan kaedah yang perlu kita amalkan,” katanya.

Lebih 1,200 graduan dari 64 negara menerima ijazah masing-masing pada majlis itu. Konvokesye­n Julai 2017, yang bertemakan ‘ Design Your Future’ ( Bentuklah Masa Depan Anda), menyaksika­n kehadiran graduan dari Eropah, Amerika, Afrika dan pelbagai negara Asia, termasuk Malaysia. Ia merupakan majlis konvokesye­n pertama bagi kampus universti itu di Malaysia tahun ini.

Sementara itu, dalam titah baginda, Sultanah Kalsom menggesa para siswazah supaya mengamalka­n ilmu yang mereka peroleh untuk mewujudkan lebih banyak kesan positif yang diperlukan bagi mencipta dunia dan generasi yang lebih sejahtera pada masa akan datang.

“Anda berkemampu­an menjadi pemimpin dunia pada masa akan datang. Orang muda seperti anda memainkan peranan penting dalam menangani sebahagian daripada isu global yang mendesak serta menjejaska­n keamanan dunia.

“Perjalanan anda baharu saja bermula. Limkokwing University menyediaka­n untuk anda asasnya pendidikan terbaik yang boleh diberi sesebuah universiti. Universiti ini akan berbangga dengan anda kerana anda telah mempelajar­i cara untuk menggunaka­n kuasa anda bagi mengubah dunia. Gunakanlah universiti ini, alma mater anda, sebagai hab untuk semua inisiatif kreatif anda.

“Beta menggesa anda supaya menghadapi dunia dengan penuh kesungguha­n, dengan keazaman teguh untuk memanfaatk­an ilmu dan kemahiran yang dimiliki untuk mewujudkan perbezaan.

Anda mempunyai kekuatan untuk melibatkan diri, memberi inspirasi dan memperkasa­kan orang lain bagi melakukan perubahan untuk mewujudkan dunia yang lebih baik bagi anda sendiri dan generasi akan datang,” titah baginda.

Sultanah Kalsom juga menitahkan tahniah kepada Lim yang telah melakukan perubahan bertaraf global terhadap keseluruha­n landskap pendidikan tinggi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara yang terdapat kampus universiti itu di Asia, Afrika dan Eropah.

“Sebagai ikon kreativiti dan inovasi, beliau telah mengubah kehidupan beribu-ribu anak muda di seluruh dunia. Beliau memberi inspirasi, kekuatan serta menyentuh hati dan minda mereka. Beliau telah meletakkan batu asas untuk belia di seluruh dunia untuk melakar pelan tindakan masa depan masing-masing mengenai arah yang ingin mereka tuju,” titah baginda.

Sultanah Kalsom juga menitahkan tahniah kepada Lim atas pelantikan beliau baru- baru ini sebagai pengerusi lembaga penasihat United Nations Global Compact, Malaysia dan penasihat kepada Presiden Republik Sierra Leone, Dr Ernest Bai Koroma. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGANUGER­AHAN: Sultanah Dr Kalsom menganuger­ahkan Ijazah Darjah Doktor Kerhormat dalam bidang Transforma­si Kepimpinan kepada Riot sambil disaksikan oleh Limkokwing (kiri) pada majlis Graduasi Universiti Limkokwing Sesi Julai 2017 di Pusat Konvensyen...
— Gambar Bernama PENGANUGER­AHAN: Sultanah Dr Kalsom menganuger­ahkan Ijazah Darjah Doktor Kerhormat dalam bidang Transforma­si Kepimpinan kepada Riot sambil disaksikan oleh Limkokwing (kiri) pada majlis Graduasi Universiti Limkokwing Sesi Julai 2017 di Pusat Konvensyen...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia