Utusan Borneo (Sarawak)

AS bunuh 16 polis Afghan

-

KANDAHAR: Serangan udara yang dilancarka­n jet pejuang Amerika Syarikat (AS) membunuh 16 anggota polis Afghanista­n dan mencederak­an dua yang lain di wilayah Helmand, menurut pegawai semalam.

Insiden berlaku jam 5 petang kelmarin ketika pasukan keselamata­n Afghan membersihk­an elemen Taliban di kampung Salam Afghan, kata jurucakap polis Helmand.

“Dalam serangan itu, 16 anggota polis Afghan maut termasuk dua komander.

“Dua lagi anggota polis cedera,” katanya.

Jurucakap gabenor wilayah Omar Zwak mengesahka­n kejadian itu yang berlaku dalam daerah Gereshk yang sebahagian besarnya dikawal Taliban.

Tentera AS adalah satusatuny­a pasukan tentera asing yang melancarka­n serangan udara di Afghanista­n di mana terdapat siri insiden tragik seumpamany­a sebelum ini.

Pada Februari lalu, serangan udara AS di Sangin membunuh sekurang-kurangnya 18 orang awam, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak.

Lewat November lalu, 32 orang awam maut dalam serangan udara AS di wilayah timur laut Kunduz.

Pada Oktober 2015, serangan udara AS semasa pertempura­n mengenai sebuah hospital yang diuruskan pertubuhan Medecins Sans Frontieres (MSF), menyebabka­n 42 maut dan mencetuska­n kemarahan antarabang­sa.

Sementara itu, anak lelaki ketua Taliban Mullah Haibatulla­h Akhundzada disahkan mati pada Khamis setelah melancarka­n serangan nekad di Helmand.

Abdur Rahman, 23, yang juga dikenali sebagai Hafiz Khalid, mati ketika memandu sebuah kenderaan sarat bom ke dalam pangkalan tentera Afghan di bandar Gereshk, utara ibu negeri Lashkar Gah, kata jurucakap utama selatan Afghanista­n Qari Yousaf Ahmadi.

Pejuang Taliban memandu tiga kenderaan Humvee yang dirampas merempuh pos pemeriksaa­n semasa pertempura­n sengit di sekitar Gereshk pada Khamis.

Mullah Haibatulla­h mengambil alih teraju daripada Mullah Akhtar Mohammad Mansour yang mati dalam serangan dron AS di Pakistan pada Mei tahun lepas.

Dalam pada itu, MSF membuka semula sebuah klinik kecil di Kunduz semalam sejak serangan udara AS pada 2015.

“Pembukaan klinik ini adalah langkah pertama ke arah penyediaan lebih banyak bantuan perubatan di Kunduz,” kata Silvia Dallatomas­ina, pengarah programs MSF Afghanista­n.

Klinik baharu itu hanya akan menyediaka­n rawatan ringan atau kecederaan kronik bagi pesakit luar, tambah beliau.

“Hospital wilayah sudah terbeban teruk justeru kami ingin mengurangk­an beban itu dengan merawat kecederaan yang tidak serius,” jelas Dallatomas­ina. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia