Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT WANITA DITEMUI DALAM KEADAAN BOGEL

-

MIRI: Seorang buruh ladang kelapa sawit warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan bogel di tepi jalan sebuah ladang sawit persendiri­an, di Sungai Kelat Bekenu, di sini, petang kelmarin (22 Julai).

Mayat mangsa merupakan seorang wanita berusia 43 tahun dijumpai kira-kira jam 3.30 petang oleh suaminya berhampira­n pokok kelapa sawit di ladang tersebut dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar mengesahka­n kejadian kes tersebut menerusi kenyataan media yang dikeluarka­nnya semalam.

“Terdahulu, kira-kira pada jam 7.30 pagi mangsa dan suaminya telah pergi menjalanka­n kerja memunggah buah sawit dan memotong rumput di tempat kejadian.

“Apabila tiba di ladang sawit tersebut, suami si mati mula memasukkan buah sawit ke dalam lori manakala isterinya seorang diri menebas rumput di kawasan berhampira­n,” katanya.

Menurut Dev, suami mangsa menyedari kehilangan isterinya kirakira pada jam 10.30 pagi lalu pergi mencari namun gagal ditemui, tetapi dia menjumpai isterinya sekitar jam 3.30 petang dalam keadaan terbaring di tepi jalan ladang tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota Balai Polis Bekenu yang tiba di tempat kejadian.

“Bagaimanap­un, belum dapat disahkan sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh sehingga bedah siasat selesai dijalankan,” katanya.

Dev berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifik­asikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia