Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas mati di kedai kopi

Mangsa yang berusia 83 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di premis terbabit kira-kira jam 9.23 pagi

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di sebuah kedai kopi di Jalan Khai Joo Land di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Latif Mohamad ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika berada di premis terbabit kira-kira jam 9.23 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata lelaki berusia 83 tahun itu berasal dari Kampung Semariang Batu.

“Siasatan awal polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa,” katanya.

Menurut Abang Ahmad, ahli keluarga mangsa telah dimaklumka­n.

Beliau mendedahka­n bahawa mangsa difahamkan mempunyai masalah kesihatan berdasarka­n maklu-

Siasatan awal polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

mat daripada ahli keluarga terdekat.

Jenazah Abdul Latif telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumia­n.

Kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, dalam kes berasingan, dua individu ditahan kerana terlibat dengan penjualan loteri haram dalam dua serbuan berbeza Ops Dadu di Pusat Komersil BDC, Jalan Stutong.

Menurut Abang Ahmad, penangkapa­n itu dilakukan sepasukan anggota dan pega- wai daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching sekitar jam 4 petang.

Katanya, kedua-dua wanita itu berusia 23 dan 25 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Turut dirampas slip angka pertaruhan, telefon bimbit, stapler, pen dan wang tunai berjumlah RM83.

 ??  ?? MATI MENGEJUT: Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
MATI MENGEJUT: Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia