Utusan Borneo (Sarawak)

Dua termasuk budak nyaris maut, kenderaan masuk gaung

-

MIRI: Dua lelaki termasuk seorang budak berusia 11 tahun nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bersama tiga lagi rakan jatuh ke dalam gaung di kawasan Long Kevok, Long Lama Baram, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kemalangan tersebut berlaku di jalan balak menuju ke Lawas dari Long Bedian.

“Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Lopeng ada menerima laporan dari Hos- pital Miri kira- kira jam 5.45 pagi memohon bantuan mengeluark­an mangsa kemalangan yang jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman 100 kaki.

“Maklumat awal diterima mendapati dua mangsa cedera dan tersepit dalam kenderaan manakala tiga lagi mangsa berjaya keluar dari kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Law berkata tiga anggota BBP Marudi dan empat anggota BBP Lopeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya bomba di lokasi mendapati hanya seorang mangsa yang cedera ringan berada di situ menjaga kenderaan manakala dua mangsa yang dipercayai tersepit telah berjaya dikeluarka­n rakanrakan dan dibawa ke Klinik Long Bedian untuk rawatan lanjut.

“Menurut petugas perubatan di klinik tersebut, budak 11 tahun itu dipercayai patah tangan kiri dan kanan manakala seorang lagi mangsa berusia 62 tahun patah tulang belakang.

“Tiga lagi mangsa masingmasi­ng berusia 21, 32 dan 44 tahun hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia