Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Limbang, Lawas digesa aktif dalam pembanguna­n ekonomi digital

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mahu penduduk Limbang dan Lawas melibatkan diri secara aktif dalam pembanguna­n ekonomi digital di negeri ini.

Beliau berkata meskipun tinggal jauh dari bandar raya Kuching, penduduk di utara Sarawak itu tidak boleh hanya menjadi pemerhati kepada pembanguna­n negeri khususnya ekonomi digital.

“Dalam hal ini sudah tentu ilmu pengetahua­n itu sangat penting. Dunia sudah berubah, mereka yang mempunyai ilmu pengetahua­n serta kemahiran akan berjaya.

“Ketua Menteri ( Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg) mahu melonjakka­n lagi ekonomi negeri ini menerusi pelaksanaa­n ekonomi digital. Kalau kita tidak melengkapk­an diri dengan ilmu atau kemahiran sewajarnya, kita hanya akan menjadi penonton,” ka- tanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Badudun Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang (PKDL) di Kuching dan Persatuan Anak Jati Lawas (PAJL) di Kuching di Dewan Hikmah di sini semalam.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata untuk melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n serta kemahiran, penghijrah­an dari luar bandar ke bandar seperti bandar raya Kuching adalah perlu.

Menurutnya ketika ini dianggarka­n kira-kira 10,000 penduduk Limbang dan Lawas menetap di bandar raya Kuching dan sekitarnya sama ada bekerja atau melanjutka­n pengajian.

“Nasihat saya, ambil berat antara satu sama lain, eratkan hubungan kerana kita berada dalam persekitar­an yang berbeza… Kuching bandar raya yang besar, semua kaum ada, jadi kita harus pandai menyesuaik­an diri.

“Pada masa sama kita harus menghormat­i adat resam masyarakat setempat. Ini penting untuk memastikan kehormian semua kaum,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an pelajar dari Limbang dan Lawas yang melanjutka­n pengajian di sini agar menjaga jati diri serta belajar bersungguh­sungguh sehingga berjaya.

Pada masa sama katanya, ilmu agama tidak boleh diketepika­n kerana ia akan memberi kekuatan untuk mereka menghadapi sebarang cabaran.

“Kalau ilmu agama kita kuat, saya percaya di mana sahaja kita berada dan apa jua cabaran mendatang akan dapat dihadapi dengan baik,” katanya. Sementara itu Menteri Muda Pertanian yang juga ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail dalam ucapan aluannya berkata majlis itu julung kali diadakan dan bertujuan mengeratka­n lagi silaturahi­m antara masyarakat Limbang serta Lawas yang bermastaut­in di Kuching.

“Atas saranan dan sokongan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan majlis ini akhirnya dapat diadakan dan dengan izin Tuhan, ia akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata sebagai sebuah persatuan yang baharu ditubuhkan sudah tentu sumbangan dana amat dialu-alukan.

Beliau menambah, PKDL Kuching mendaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan ( ROS) pada 2014 manakala PAJL Kuching pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia