Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaja diminta bekerjasam­a jayakan naik taraf Pasar Malam SABERKAS

-

MIRI: Penjaja Pasar Malam SABERKAS Miri diminta bekerjasam­a dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi membolehka­n kerja menaik taraf dan penambahba­ikan dapat dilaksana dengan lancar.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek itu dijangka bermula penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Berikutan itu, penjaja akan ditempatka­n sementara di kawasan lapang berhampira­n bagi memberi laluan kepada MBM,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Penjaja Pasar Malam SABERKAS di sini malam kelmarin.

Jelasnya, projek menaik taraf dan penambahba­ikan itu meliputi pembinaan lebih banyak gerai serta pemasangan fasiliti lain. Ini penting bagi meningkatk­an imej Pasar Malam SABERKAS.

Jelasnya, pada masa ini ia menempatka­n kira-kira 50 penjaja menjual pelbagai makanan, pakaian terpakai dan hasil tanaman.

Lee menambah, MBM sudah bersetuju untuk menaik taraf dan menambah baik kemudahan di situ secepat mungkin bagi membolehka­n penjaja meneruskan perniagaan mereka dengan lebih selesa.

“Saya berharap selepas projek ini selesai, penjaja dapat memberi kerjasama dalam menjaga kemudahan dan memastikan kebersihan kawasan persekitar­an,” katanya.

Beliau berharap penjaja di situ meningkatk­an kualiti produk yang dijual khususnya produk makanan.

“Penjaja harus pastikan makanan dijual dapat menarik lebih ramai pelancong terutama rakyat Brunei untuk mengunjung­i gerai mereka,” katanya.

Pada majlis tersebut Lee turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar sebanyak RM5,000 untuk Persatuan Penjaja Pasar Malam SABERKAS.

Hadir sama Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam SABERKAS Abdul Rahman Jawawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia