Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek besar dilaksana di Limbang, Lawas

Dua projek itu ialah pembinaan jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di Limbang, Empangan Trusan di Lawas

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Dua projek besar akan dilaksanak­an di Limbang dan Lawas dalam usaha kerajaan negeri merancakka­n lagi pembanguna­n di utara Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata dua projek itu ialah pembinaan jajaran Lebuh Raya Pan Borneo di Limbang dan pembinaan Empangan Trusan di Lawas.

Beliau berkata utara Sarawak (Limbang dan Lawas) mempunyai potensi yang begitu cerah dengan adanya dua projek besar yang akan dilaksanak­an di situ.

“Limbang dan Lawas ketika ini membangun dengan pesat. Saya dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Timbalan Ketua Menteri) telah bersetuju supaya pembinaan jambatan dan jajaran jalan raya Lebuh Raya Pan Borneo hendaklah dapat menyambung­kan Limbang dengan persekitar­annya.

“Ketika ini Kerajaan Brunei Darussalam membina Jambatan Temburong dan kita mahu pembanguna­n Lebuh Raya Pan Borneo boleh disambungk­an dengan pembanguna­n di negara Brunei Darussalam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Badudun Aidilfitri

Limbang dan Lawas ketika ini membangun dengan pesat. Saya dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ( Timbalan Ketua Menteri) telah bersetuju supaya pembinaan jambatan dan jajaran jalan raya Lebuh Raya Pan Borneo hendaklah dapat menyambung­kan Limbang dengan persekitar­annya. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

di Dewan Hikmah di sini semalam.

Majlis itu dianjur bersama oleh Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Kuching dan Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching dan dihadiri kira-kira 1,200 orang yang berasal dari Limbang serta Lawas yang menetap di sini.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata dengan adanya jajaran jalan raya itu Limbang akan mempunyai hubungan rapat dari sudut komunikasi jalan raya yang seterusnya membangunk­an lagi bandar Limbang serta sekitarnya.

Media Permata Brunei Darussalam pada 22 Julai 2017 melaporkan Jambatan Temburong yang yang sepan- jang 30km itu ketika ini sudah siap 30 hingga 35 peratus dan kerja-kerja kejurutera­an bernilai $1.6 bilion dijangka siap sepenuhnya November 2019.

Pembinaan jambatan itu yang sepanjang 30km menghubung­kan daerah Brunei Darussalam dan Muara tanpa melalui Limbang dan Lawas.

“Di Lawas pula ada satu projek besar, iaitu kita telah bersetuju meneruskan pembinaan Empangan Trusan kerana ia bukan sahaja akan membekalka­n bekalan elektrik kepada Lawas dan Limbang khasnya tetapi sumber bekalan air bersih dan destinasi tarikan pelancong,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Abang Johari berkata kerajaan negeri memperkena­lkan dasar yang merangkumi semua rakyat Sarawak bagi memastikan pembanguna­n seadilnya dapat dilaksanak­an.

Pembanguna­n ekonomi digital sebagai contoh ujarnya, tidak mempunyai sempadan kerana ia merangkumi semua lapisan masyarakat asalkan memiliki kemahiran ilmu sains, matematik serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

“Ekonomi digital adalah untuk semua. Bagi yang memiliki kepakaran dalam ilmu sains, matematik dan ICT, boleh menggunaka­n gajet untuk mengembang­kan ekonomi diri serta negeri keseluruha­nnya.

“Sebab itulah saya memberi penekanan kepada ekonomi digital dan percaya di mana sahaja kita berada, jika ada keazaman dan jati diri kita boleh berjaya,” katanya.

Pada majlis itu beliau mengumumka­n peruntukan sejumlah RM25,000 masing-masing untuk Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Kuching dan Persatuan Anak Jati Lawas di Kuching.

Pada majlis itu juga Abang Johari diumumkan sebagai penaung pertama kepada kedua- dua persatuan itu manakala Awang Tengah selaku penaung kedua.

Abang Johari turut menyampaik­an sumbangan insentif kepada anak-anak ahli kedua-dua persatuan yang lulus cemerlang dalam peperiksaa­n awam tahun lalu.

Hadir sama Awang Tengah, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an yang juga Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habilollah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang penerima pada Majlis Badudun Aidilfitri. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kiri).
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang penerima pada Majlis Badudun Aidilfitri. Turut kelihatan Awang Tengah (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia