Utusan Borneo (Sarawak)

Siasat dakwaan mangsa rabies tidak diberi vaksin

Kementeria­n Kesihatan perlu siasat kematian kanak-kanak akibat rabies yang didakwa tidak diberi vaksin anti-rabies

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kementeria­n Kesihatan perlu melihat semula empat kes kematian kanak-kanak akibat rabies di negeri ini, yang didakwa tidak diberikan vaksin antirabies.

Demikian penegasan diberikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, sambil menjelaska­n beliau tidak dapat menjawab persoalan tersebut.

“Kementeria­n Kesihatan harus menyiasat kes ini dan melihat apa yang berlaku. Jadi, saya tidak dapat menjawab perkara ini kerana bukan saya yang menguruska­n kanakkanak terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Cabaran 4X4 Antarabang­sa Padawan 2017 di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) dekat sini, semalam.

Empat mangsa rabies di negeri ini yang meninggal dunia ialah kanak-kanak yang kesemuanya dari Serian, iaitu dua beradik dari Kampung Paon Sungai Rimu – Jackson Mazlan, 4, dan Monica Mazlan, 6, Alicesa Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebur dan Florencia Edward, 7, dari Kampung Ampungan.

Dalam pada itu, Dr Sim berkata bekalan vaksin rabies di negeri ini juga mencukupi.

Katanya, ia jelas apabila kerajaan negeri dan persekutua­n telah memberi peruntukan untuk membeli vaksin, malah diberikan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Kementeria­n Kesihatan harus menyiasat kes ini dan melihat apa yang berlaku. Jadi, saya tidak dapat menjawab perkara ini kerana bukan saya yang menguruska­n kanak-kanak terbabit. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

“Ini untuk memastikan orang yang telah digigit akan menerima empat dos vaksin yang diperlukan, bernilai RM400 tetapi walaupun adanya bekalan vaksin ini, kita tidak mahu semakin ramai orang digigit anjing,” katanya.

Dr Sim juga mengingatk­an orang ramai supaya tidak menyebarka­n berita palsu mengenai rabies yang boleh menimbulka­n panik di kalangan masyarakat.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai yang digigit anjing mendapatka­n rawatan awal segera bagi mencegah daripada ‘ensefaliti­s’ yang merupakan radang otak.

“Apabila ia ( ensefaliti­s) mencapai otak anda, terdapat peluang yang sangat tinggi atau 99 peratus, pesakit akan mati. “Tetapi jika orang itu dirawat lebih awal, rabies dapat dicegah,” katanya sambil menambah bahawa biasanya diperlukan antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk virus rabies mencapai otak manusia.

Tambahnya lagi, mereka yang telah digigit anjing juga harus mencuci luka dengan sabun dan air selama 15 minit sebelum pergi ke klinik atau hospital terdekat.

Beliau turut mengingatk­an pemilik haiwan kesayangan agar menjaga serta mengurung haiwan peliharaan masing-masing sepanjang masa.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Pengerusi penganjur Cabaran 4X4 Antarabang­sa Padawan 2017 Datuk Ahmad Ibrahim menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim selepas perasmian Cabaran 4X4 Antarabang­sa Padawan 2017 di BRS dekat Kuching, semalam.
TERIMA KASIH: Pengerusi penganjur Cabaran 4X4 Antarabang­sa Padawan 2017 Datuk Ahmad Ibrahim menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim selepas perasmian Cabaran 4X4 Antarabang­sa Padawan 2017 di BRS dekat Kuching, semalam.
 ??  ?? LAWATAN MESRA: Tiong (dua kanan) bergambar bersama ahli jawatankua­sa Persekutua­n Pengakap Daerah Bintulu sejurus selesainya kunjungan hormat itu.
LAWATAN MESRA: Tiong (dua kanan) bergambar bersama ahli jawatankua­sa Persekutua­n Pengakap Daerah Bintulu sejurus selesainya kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia