Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Orang awam boleh merujuk kepada Jawatankua­sa Bencana Negeri

-

SIBU: Orang awam boleh merujuk kepada Jawatankua­sa Bencana Negeri (JBN) jika ingin mengetahui perkembang­an terkini penyakit rabies di negeri ini.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata orang awam dinasihati tidak mudah mempercaya­i hebahan berita palsu terutama di laman sosial.

“Sebenarnya laporan terkini mengenai rabies dikeluarka­n pada jam 5 petang setiap hari oleh Jawatankua­sa Bencana Negeri.

“Sumber selain itu tidak dapat dipercayai. Jadi, saya menasihati orang ramai agar dengar sumber yang dapat dipercayai, apa sahaja sumber laman sosial seperti Facebook, jangan terus percaya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid An-Nur Sibu di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kesahihan laporan mengenai penularan wabak rabies di Sibu yang viral di laman sosial Facebook dan Whatapps beberapa hari lalu.

Sumber itu mendakwa terdapat anjing di kawasan Jalan Oya Batu 6 hingga 8 dijangkiti rabies dan meminta orang ramai berjaga-jaga terutama penduduk di kawasan pe- rumahan Desa Satria, Bumi Indah dan Jalan Bougenvill­a di sini.

Malah, sumber i tu mendakwa terdapat individu tidak bertanggun­gjawab membuang bangkai anjing dalam sungai dan menasihati orang ramai supaya tidak membeli atau memakan ikan dari sungai untuk tempoh dua minggu.

Dr Annuar secara peribadi tidak mempercaya­i sumber itu kerana sehingga hari ini beliau tidak menerima laporan daripada mana- mana agensi berkaitan mengesahka­n sumber tersebut.

“Kalau bukan daripada Jawatankua­sa Bencana Negeri, secara peribadi saya tidak percaya... melainkan saya sudah dimaklumka­n oleh Jawatankua­sa Bencana Negeri,” katanya.

Di samping itu, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu memak- lumkan kepada orang awam bahawa rabies hanya boleh berjangkit apabila digigit anjing gila.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu menjelaska­n, gigitan anjing tidak semestinya terus dijangkiti rabies.

“Walaupun digigit anjing gila, tidak semestinya 100 peratus mangsa mendapat rabies.

“Tetapi, kalau dicuci bersih luka gigitan itu dan diberi suntikan vaksin sebanyak empat kali ia 99 peratus dapat diubati.

“Namun, jika digigit anjing dan tidak mendapatka­n rawatan sepatutnya dan menampakka­n simptom rabies, kamu sudah sukar untuk diubati,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga- jaga dan mengelak daripada digigit anjing pada masa ini.

 ??  ?? DR ANNUAR
DR ANNUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia