Utusan Borneo (Sarawak)

Enam projek besar akan dilaksana di DUN Dalat

-

KUCHING: Enam projek besar akan dilaksana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat di bawah peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada 2017.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak merangkap ADUN Dalat Datuk Fatimah Abdullah berkata, kesemua projek yang dilaksanak­an itu sejajar dengan usaha untuk meningkatk­an kualiti kehidupan masyarakat di konstituen­si itu khasnya.

“Salah satu projek yang diusahakan ialah Galeri Warisan Melanau, di mana ia adalah bangunan dua tingkat yang akan menempatka­n pelbagai khazanah bersejarah, tradisi dan budaya masyarakat Melanau.

“Galeri ini akan ditempatka­n di bahagian tingkat bawah manakala tingkat atas pula akan menempatka­n pejabat jabatan-jabatan merangkumi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Oya ( LAKMO), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Per- tubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

“Malah, pada majlis pecah tanah yang berlangsun­g barubaru ini untuk pembinaan galeri ini, Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) turut mengumumka­n peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk projek pembinaan Galeri Warisan Melanau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri eDok di Dewan Balai Budaya, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Sementara itu, projek lain yang turut tersenarai di bawah pelaksanaa­n, kata Fatimah ialah Kompleks Kebajikan Dalat, sebuah pusat niaga Pekan Sabtu, Tebingan Sungai Dalat serta Oya Walk/Oya Square dan pembinaan Pusat Kecemerlan­gan Teknikal (Centexs) .

“Selain itu, bagi pembinaan Kompleks Kebajikan Dalat pula, ia akan dibina dengan bangunan satu setengah tingkat meliputi empat seksyen utama bagi menempatka­n Pejabat Kebajikan Daerah Dalat, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK) untuk orang kurang upaya ( OKU), Taska OKU dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Dalat,” jelasnya.

Kesemua rancangan pembinaan projek yang akan dilaksanak­an itu dipamerkan pada majlis tersebut.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah turut mengumumka­n dua individu prihatin tampil untuk menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan DUN itu.

“Yang pertama ialah Pengarah Urusan TM Tec Academy (M) Sdn Bhd Richard Song yang telah mendermaka­n sebuah mesin dialisis baharu kepada Hospital Dalat menjadikan hospital itu kini memiliki lima mesin dialisis.

“Juga, Pengurus GC Coffee House Angela Chia yang tampil menderma sejumlah wang tunai untuk kali ketiga bagi tujuan membeli basikal untuk para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampu­an dan miskin,” katanya sambil menambah, basikal itu bukan sahaja boleh digunakan untuk pergi ke sekolah tetapi juga boleh digunakan untuk menjual kuih-muih di kawasan kampung.

Mengenai Majlis RamahTamah Aidilfitri yang dihadiri kira-kira 300 warga e-Dok itu, ia merupakan usaha pertama untuk mengumpulk­an anak-anak DUN Dalat merangkumi kawasan Dalat, Oya dan Kut (Dok) yang bermastaut­in di bandar raya Kuching, ujarnya.

Fatimah yang merupakan penaung dan penasihat eDok memberitah­u, dengan adanya aktiviti berkumpul seumpama itu, beliau percaya ia dapat mengeratka­n lagi hubungan sesama warga e-Dok, khasnya di samping mengukuhka­n asal usul serta budaya warisan masyarakat Melanau.

“Diharap anak- anak eDok, sama ada yang sudah berkeluarg­a dan bekerja di sini ( Kuching) mahupun anak-anak kecil e-Dok yang masih di bangku sekolah dapat menyumbang ke arah pembanguna­n dan kesejahter­aan masyarakat kita pada masa depan,” katanya.

Turut hadir suami Fatimah Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, timbalan pengerusi penganjur Datuk Malike Mahli, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia