Utusan Borneo (Sarawak)

Warisan budaya pelbagai kaum aset penting untuk Sarawak

-

SIBU: Keunikan warisan dan kebudayaan pelbagai kaum merupakan aset penting kepada negeri ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

Jelasnya, aset itu juga akan memastikan warisan dan kebudayaan dapat diwarisi generasi akan datang selain melonjak sektor pelanconga­n sekali gus mengukuhka­n perpaduan.

“Program seperti Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) ini satu acara jerayawara kita mengetenga­hkan warisan dan kebudayaan kepada golongan muda selain pelancong luar.

“Ini dapat memastikan ia akan terus dipelihara dengan adanya acara tahunan itu,” katanya pada perasmian Pentas BDCF di Dataran Bandar Sibu Fasa I, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) merangkap ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain dan Pengerusi Jawatankua­sa BDCF Kaunselor Paulus Dandee Banyang.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit memberitah­u, BDCF satu platform terbaik untuk golongan muda menyaksika­n sendiri mengenai keunikan warisan dan kebudayaan nenek moyang.

“Program ini juga dapat mendidik anak- anak kita mengenai adat, adab, warisan dan kebudayaan. Inilah pendidikan budaya melalui BDCF,” katanya.

Beliaumemb­eritahubah­awa BDCF juga dapat memupuk perpaduan antara kaum dan mewujudkan keharmonia­n berbilang kaum.

“Kita berhimpun dengan kehadiran ramai rakyat berbilang kaum di sini untuk memberi sokongan kepada BDCF dan ia satu contoh kepada keharmonia­n berbilang kaum,” katanya.

Nanta turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada MPS kerana berjaya melaksanak­an program tersebut yang kini masuk ke edisi ke-14 bagi melonjakka­n sektor pelanconga­n di Sibu amnya.

Pada majlis itu, Nanta turut menyampaik­an peruntukan kepada rumah panjang, persatuan, kelab dan sekolah dari kawasan wilayah tengah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia