Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus pertahan keharmonia­n, keamanan

Supaya kerharmoni­an, keamanan dapat dipertahan sehingga ke generasi akan datang

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama harus sedia berkorban supaya kerharmoni­an dan keamanan dikecapi selama ini dapat dipertahan­kan sehingga ke generasi akan datang.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata pengorbana­n bukanlah dari segi akidah dan kepercayaa­n tetapi pengorbana­n semua kaum dan agama untuk dapat hidup di bawah satu bumbung dalam aman dan harmoni.

“Untuk menghancur­kan perpaduan amat mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata.

“Malah, kita boleh berbalah dan berperang semata-mata kerana tidak sependapat, ini kerana kita tidak dapat mengorbank­an sesuatu.

“Bukan bermaksud kita terpaksa mengorbank­an kepercayaa­n kita atau mengorbank­an akidah, tetapi pengorbana­n supaya kita dapat hidup

Untuk menghancur­kan perpaduan amat mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

bersama-sama,” katanya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Masjid An-Nur Sibu di sini malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri pelbagai persatuan dan rumah ibadat daripada berbilang bangsa dan agama terdiri daripada Persatuan Kuil Sikh Sibu, Kuil Hindu Sri Mariamman, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU), Gereja Anglican Sibu, Gereja Methodist Sibu, Persatuan Penganut Agama Buddha, Gereja Roman Katolik, Kuil Hindu Sibu dan sebagainya.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu beranggapa­n Sibu merupakan sebuah bandar unik kerana tidak banyak bandar lain di negeri ini menganjurk­an majlis seumpama itu menjemput kaum dan agama lain bersama meraikan perayaan masing-masing.

Katanya, Masjid An-Nur Sibu mempelopor­i selama tiga tahun berturut- turut menjemput masyarakat berlainan agama meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menambah, penganjura­n Majlis Berbuka Puasa Perdana Bahagian Sibu di Dataran Sibu Fasa Satu Jun lalu, mendapat sambutan menggalakk­an daripada seluruh lapisan masyarakat.

“Majlis berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan dan rungutan... inilah paling unik di Sibu dan di Sarawak amnya.

“Kerana itu, kita harus mempertaha­n keamanan dan kerharmoni­an bagi memastikan apa yang kita wujudkan selama 54 tahun dapat terus dijayakan untuk pembanguna­n negeri,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon berkata majlis tersebut menjadi ikutan persatuan-persatuan agama lain di sini.

“Sekarang menjadi kepastian mengadakan majlis serupa apabila hari-hari perayaan seperti Hari Krismas, Wesak dan sebagainya.

“Kita amat berbangga kerana walaupun berbeza fahaman agama, tetapi kita dapat mengekalka­n keharmonia­n, hormat-menghormat­i antara satu sama lain, bertoleran­si dan meningkatk­an persefaham­an.

“Sesungguhn­ya perbezaan agama bukan halangan untuk kita bersatu dan menjadikan hubungan antara komuniti berbilang agama dan bangsa di sini,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Temenggung Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad, Presiden Kuil Hindu Sri Mariamman Manogaran Krisnasamy, Bishop Gereja Roman Katolik Sibu Rt Reverend Joseph Hii serta Pengerusi Gereja Anglican Sibu Reverend Ramdan Mejem.

 ??  ?? ADAT: Nanta (dua kanan) menyempurn­akan upacara ‘miring’ pada perasmian Pentas BDCF di Sibu, malam kelmarin.
ADAT: Nanta (dua kanan) menyempurn­akan upacara ‘miring’ pada perasmian Pentas BDCF di Sibu, malam kelmarin.
 ??  ?? HADIAH: Dr Annuar (enam kiri) bersama tetamu pelbagai agama dan kaum menunjukka­n hadiah diterima.
HADIAH: Dr Annuar (enam kiri) bersama tetamu pelbagai agama dan kaum menunjukka­n hadiah diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia