Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbang artifak, barang antik kepada muzium

Pengumpul barang amat dialu-alukan menyumbang kepada Muzium Kebudayaan dan Khazanah Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Pengumpul artifak bersejarah dan barangan antik di sini amat dialualuka­n menyumbang kepada Muzium Kebudayaan dan Khazanah Miri yang dibangun dengan mengubah suai bangunan lama Pejabat Residen Miri yang terletak di pusat bandar raya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, sumbangan itu kelak dapat membantu muzium itu mengumpul pelbagai khazanah, artifak dan sejarah berkaitan budaya daripada pelbagai kaum dan etnik di bahagian ini.

Katanya satu jawatankua­sa khas turut ditubuhkan dan melibatkan sekumpulan masyarakat yang mewakili pelbagai etnik di Miri.

“Kita meminta mereka bukan sahaja menyumbang idea, malah sama-sama menyumbang bahan-bahan bersejarah untuk muzium ini kelak, khususnya yang berkaitan dengan kebudayaan, di mana bahan bersejarah­nya sukar diperolehi,” katanya.

“Kita juga mengalu-alukan penduduk Miri yang ingin sama- sama menyumbang bahan-bahan atau tinggalan bersejarah berkaitan dengan kesenian, kebudayaan dan khazanah Miri, amat dialualuka­n untuk tampil ke hadapan,” jelas Lee.

Menurut beliau, muzium tersebut merupakan yang kedua di bandar raya ini selepas Muzium Petroleum, yang terletak di Bukit Kanada, bakal menjadi satu lagi produk dan tarikan pelancong di Miri, apabila ia siap kelak.

Sebanyak RM450,000 telah diluluskan untuk projek membaik pulih dan mengubah suai bangunan berkenaan khsusunya bagi rekaan dalaman, untuk memastikan pelbagai barang dan tinggalan sejarah dapat dipamerkan dengan baik.

“Saya berharap kerja-kerja ubah suai peringkat awal muzium ini kelak dapat disiapkan pada akhir tahun ini bagi membolehka­n sebahagian daripada muzium berkenaan dapat dibuka kepada orang awam menjelang

Kita meminta mereka bukan sahaja menyumbang idea, malah sama-sama menyumbang bahan-bahan bersejarah untuk muzium ini kelak, khususnya yang berkaitan dengan kebudayaan, di mana

diperolehi.” bahan bersejarah­nya sukar

awal tahun depan,” katanya sambil menambah, muzium itu akan dibangun dan diubah suai secara berperingk­at.

Terdahulu, Lee merasmikan pembukaan Pameran Barangan Antik dan Kebudayaan di Pustaka Miri di sini, semalam.

Mengenai pameran yang diadakan itu, Lee memuji usaha dilakukan bersama oleh Persekutua­n Persatuan Komuniti Guangdong Sarawak Cawangan Miri dengan kerjasama Pustaka Miri, yang bukan sahaja mempamerka­n sejarah sebahagian daripada komuniti berkenaan yang ada di sini, tetapi ia juga merupakan sebahagian daripada tamadun budaya dan sejarah yang datang dari kawasan lain di dunia ini.

Katanya orang ramai yang datang menyaksika­n pameran tersebut bukan hanya melihat barangan antik yang dikumpulka­n dari zaman nenek moyang dan berusia ratusan tahun, malah mereka juga boleh belajar mengenai sejarah dan asal usul artifak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n mereka yang mempunyai barang-barang lama atau bernilai agar tidak mengabaika­nnya begitu sahaja, sebaliknya menyimpann­ya dengan baik, kerana pada masa akan datang nilainya amat tinggi dan boleh menjadi barang antik atau bersejarah.

Pelbagai barang antik dipamerkan di lobi Pustaka Miri seperti jam antik, pinggan, pasu, seramik, hiasan logam, kabinet, set meja dan kerusi serta pemain piring hitam.

Selain dipamerkan, barangan tersebut turut dijual, dari harga beberapa ribu ringgit hingga RM86,000 iaitu set meja kayu yang dipercayai hanya terdapat tiga sahaja seumpamany­a di dunia, yang dibawa khas dari tanah besar China, beratus tahun lalu.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? TERTARIK: Lee (dua kiri) melihat dengan lebih dekat piring hitam koleksi seawal tahun 40-an, yang dijual sehingga RM3,000 dan pemain piring hitam yang dijual sekitar RM10,000 pada pameran di Pustaka Miri, semalam.
TERTARIK: Lee (dua kiri) melihat dengan lebih dekat piring hitam koleksi seawal tahun 40-an, yang dijual sehingga RM3,000 dan pemain piring hitam yang dijual sekitar RM10,000 pada pameran di Pustaka Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia