Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha pulih bakau diberi penekanan khusus sejak beberapa tahun lalu

-

KUCHING: Usaha memulihkan bakau di negeri ini diberi penekanan khusus sejak beberapa tahun lalu oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memandangk­an populasi pokok spesies itu adalah kurang daripada satu peratus.

Justeru menurut Timbalan Pengarah JHS Hamden Mohammad, JHS mengambil tindakan segera untuk memelihara serta memulihara kawasan bakau dan akhirnya mencapai keputusan untuk menubuhkan Taman Negara Kuching Wetland (TNKW) sebagai lokasi pemulihara­an pokok spesies itu pada 2002.

“Taman negara ini masih baharu lagi. Dahulu kawasan bakau ini dipanggil Hutan Simpan Bakau Sarawak, merangkumi kawasan Telaga Air sehinggala­h ke Santubong, berkeluasa­n sehingga 17,000 hektar dan telah diwartakan sebagai hutan simpan pada 1924.

“Ekoran pembanguna­n yang dilaksana terutama di kawasan Kuching dan Santubong, hutan simpan itu telah diakses bagi tujuan tersebut, termasuk kawasan Matang, sehinggaka­n sekarang ini yang tinggal hanyalah lebih kurang 6,610 hektar yang perlu diselamatk­an dan dipulihara untuk ekosistem di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat pada Program Konservasi Tanah Lembab di TNKW, Tapak Ramsar di sini, baru-baru ini.

Jelas Hamden lagi, jika dilihat daripada aspek taman negara, TNKW tidak mencirikan lambang sebuah taman negara malah ia juga bukan kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah taman negara.

“Di sini (TNKW), hanya terdapat kawasan tanah yang tandus dan gersang, selain agak panas dan sebagainya akibat tiada pokok.

“Bagaimanap­un, kami ( JHS) mengambil ikhtiar untuk memulihkan kawasan ini dan memulakan inisiatif penanaman semula pokok bakau di kawasan ini bagi mengembali­kan kehidupan dan habitat ekosistem sedia ada di sini,” jelasnya.

Sehubungan itu, menurut beliau, sejak projek penanaman semula pokok bakau dimulakan, JHS dengan kerjasama pelbagai agensi, jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan banyak lagi telah menanam kira-kira 98 hektar keluasan kawasan dengan pokok bakau.

Justeru, beliau mahu lebih ramai masyarakat di luar sana menyokong usaha dan inisiatif yang dijalankan JHS dalam usaha memastikan kawasankaw­asan yang telah merosot akibat pembanguna­n, dapat dipulihkan semula.

“Kita berharap selepas kawasan ini telah ditanam semula, kawasan ini akan menjadi kawasan hutan semula, yang pulih.

“Malah kita juga percaya bahawa kawasan ini akan menjadi tempat pembiakan semua hidupan liar yang telah pupus dan lenyap pada suatu ketika dahulu di kawasan ini,” katanya.

 ??  ?? PULIHARA BAKAU: Hamden (tiga kanan) merakam kenangan bersama rombongan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) Cawangan Sarawak dan Sabah dalam Program Konservasi Tanah Lembab di TNKW, Tapak Ramsar, baru-baru ini.
PULIHARA BAKAU: Hamden (tiga kanan) merakam kenangan bersama rombongan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) Cawangan Sarawak dan Sabah dalam Program Konservasi Tanah Lembab di TNKW, Tapak Ramsar, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia