Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat digalak sertai PEMADAM bantu perangi dadah

-

KAPIT: Ketua masyarakat digalak menyertai Persatuan Mencegah Penyalahgu­naan Dadah Malaysia (PEMADAM) dalam usaha memerangi gejala dadah.

Pengerusi PEMADAM Daerah Kapit Elvis Didit berkata, ketua masyarakat memainkan peranan penting membantu kerajaan membantera­s gajala dadah di peringkat akar umbi.

“Ketua masyarakat seperti tuai rumah, kapitan, ketua kampung, penghulu, pemanca dan temenggung boleh berperanan sebagai telinga dan mata antara kerajaan dan masyarakat termasuk terlibat aktif dalam aktiviti PEMADAM,” jelasnya.

Elvis yang juga pegawai daerah Kapit berkata demikian ketika mempengeru­sikan mesyuarat PEMADAM Daerah Kapit di bilik mesyuarat Kompleks Pejabat Negeri di Jalan Bleteh, baru-baru ini.

Ujarnya, PEMADAM Daerah Kapit akan menjalanka­n pelbagai aktiviti pada tahun ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dadah.

“PEMADAM Daerah Kapit merancang mengadakan pertanding­an mewarna kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Bawai dan ceramah antidadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit.

“Selain itu, kami juga akan menganjurk­an ceramah ‘Tempat Kerja Bebas Daripada Dadah’ di lobi Kompleks Pejabat Negeri dan aktiviti pendaftara­n ahli baharu PEMADAM,” katanya.

Elvis berkata PEMADAM Daerah Kapit akan menghantar lima perwakilan dan tujuh pemerhati pada Kursus Antidadah dan Perhimpuna­n Agung Kebangsaan Ke-42 di Kuala Lumpur, bermula 28 hingga 30 September.

Hadir sama Setiausaha PEMADAM Daerah Kapit Selmah Apang, Bendahari Sng Geok Yien, Temenggung Wilfred Billy Panyau, Pe- manca David Dian, Pemanca Yong Thu Fook, Penghulu Sia Shui Poh, Penghulu Wong Kie Ing, Penghulu Sallang Batang, Penghulu Daniel Dian, Penghulu Madang Jelaini, Penghulu Pasang Tubah, Penghulu Jampi Rawing dan Penghulu Esit Nalo.

 ??  ?? ALBUM: Elvis (duduk, tengah) merakam kenangan bersama selepas mempengeru­sikan mesyuarat PEMADAM Daerah Kapit.
ALBUM: Elvis (duduk, tengah) merakam kenangan bersama selepas mempengeru­sikan mesyuarat PEMADAM Daerah Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia