Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 500 warga Lundu sertai program Hari Sihat Tanjong Datu

-

LUNDU: Lebih kurang 500 warga Lundu menyertai program Hari Sihat Tanjong Datu di Lundu Town Square pada Sabtu lepas.

Program bermula seawal jam 6 pagi itu yang merupakan inisiatif bersama Pusat Khidmat Tanjong Datu dan Yayasan Jantung Sarawak dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau yang juga pemegang amanah Yayasan Jantung Sarawak dalam ucapannya menyeru orang ramai untuk sentiasa mengamalka­n gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan menekankan amalan pemakanan sihat serta seimbang bagi mengurangk­an risiko penyakit jantung.

Jamilah turut menasihati golongan perokok agar men- gurang atau menghentik­an tabiat merokok kerana ia merupakan salah satu punca penyakit jantung.

Orang ramai juga diseru mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan seperti pemeriksaa­n kadar kolesterol, glukosa serta tekanan darah yang disediakan secara percuma pada program tersebut oleh pihak Yayasan Jantung Sarawak.

Kempen serupa turut dijalankan oleh Yayasan Jantung Sarawak di seluruh negeri bagi menekankan kepentinga­n penjagaan kesihatan untuk semua golongan masyarakat.

Yayasan Jantung Sarawak yang ditubuhkan sejak 1989 telah membantu ramai pesakit jantung mendapatka­n rawatan di luar negara seperti di Singapura seta India, dan fokus yayasan sekarang adalah pencegahan penyakit jantung.

Yayasan Jantung Sarawak turut mengadakan program ‘Heart Run 2017’ di Kuching pada bulan September nanti dan orang ramai dijemput turut serta.

Turut diadakan semasa program tersebut adalah acara pelepasan untuk program ‘Walkabout’ di sekitar pekan Lundu sempena sambutan Hari Sarawak pada setiap 22 Julai.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri­e Awang Redzuan, Setiausaha Yayasan Jantung Sarawak Datuk Anne Teng, anak kepada Datuk Amar Jamilah Anu, Azizul Annuar Adenan dan Ketua Wanita PBB Tanjong Datu Kaunselor Fatimah Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia