Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Raya Aidilfitri mampu perhebat semangat perpaduan, kata Simoi

-

SRI AMAN: Hari Raya Aidilfitri yang diraikan umat Islam mampu mengukuhka­n lagi perpaduan pelbagai kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, jelas terbukti setiap kali perayaan pelbagai kaum berkunjung ke majlis rumah terbuka.

“Inilah menunjukka­n perpaduan kaum di negara kita cukup kukuh, aman, damai dan stabil sehingga pelancong luar berkunjung ke negara kita ini sangat kagum dengan perpaduan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri 2017 anjuran Jawa- tankuasa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Haji Undom dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Baru Hilir, Sri Aman di pekarangan Rumah Ketua Kampung Abang Ariffin dekat sini malam kelmarin.

Katanya, hasil kestabilan politik sedia ada, rakyat negara ini cukup bertuah kerana hidup dalam keadaan damai dan harmoni hasil kepimpinan sentiasa mementingk­an aspek perpaduan.

“Perpaduan merupakan salah satu aspek sangat penting dan sekiranya kita tidak bersatu, kita semua tidak dapat menikmati apa yang kita rasa selama ini.

“Di sinilah kita dapat melihat, kaum Melayu, Iban, Cina, Bidayuh, India dan sebagainya berpeluang berkunjung dan menziarahi rakan meraikan Hari Raya Aidilfitri untuk mengukuhka­n lagi ikatan silaturahi­m,” jelasnya.

Tambahnya, begitu juga setiap kali perayaan lain, orang Islam turut berpeluang berkunjung ke rumah terbuka rakan bukan Islam sekali gus membuktika­n perayaan di Malaysia adalah perayaan untuk semua kaum.

“Justeru, jangan sesekali menganggap bahawa Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan untuk umat Islam sahaja sebaliknya juga untuk mereka yang bukan Islam,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Fikri Emir Zulkefli, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Sri Aman Hamizan Yahya, Pemanca Mas Shamsiah Maslem, Penghulu Abang Mohd Salleh, Pengerusi KRT Kampung Baru Hilir, Sri Aman Awang Magerib Awang Ani serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut diserikan dengan persembaha­n lagulagu hari raya, cabutan bertuah serta penyampaia­n duit raya kepada kanak-kanak.

 ??  ?? BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT: Simoi (empat kiri) bersama Mas Shamsiah (lima kanan), Abang Mohd Salleh (empat kanan), Abang Ariffin (tiga kiri) bersama dan pemimpin masyarakat yang lain pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri malam kelmarin.
BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT: Simoi (empat kiri) bersama Mas Shamsiah (lima kanan), Abang Mohd Salleh (empat kanan), Abang Ariffin (tiga kiri) bersama dan pemimpin masyarakat yang lain pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia