Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kecurian di kawasan perumahan merisaukan

Ia perlu ditangani dengan sebaiknya, ada kaitan dengan kes penagihan dadah, kata Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Isu kecurian harta benda di kawasan perumahan semakin membimbang­kan dan perlu ditangani dengan sebaiknya.

Lebih membimbang­kan isu ini menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah ada kaitan dengan kes penagihan dadah.

“Isu kecurian ini berlaku di hampir semua kawasan perumahan termasuk di Desa Guru ini dan kita perlu berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga.

“Justeru, apa sahaja cadangan yang dapat menjaga keselamata­n harta benda dan keluarga kita, harus disokong oleh kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri Taman Desa Guru di Jalan Sultan Tengah dekat sini malam kelmarin.

Tambah Fatimah yang juga merupakan penduduk di taman tersebut, meskipun anak- anak di taman itu mempunyai rekod akhlak yang baik, namun ibu bapa masih perlu berjaga-jaga.

“Sebelum anak-anak meninggalk­an sarang mereka untuk aktiviti luar misalnya ingatkan mereka akan nilainilai yang baik.

“Ini kerana tumpuan sindiket penjualan dadah kini adalah kepada anakanak di bangku sekolah dan kita perlu mendidik mereka

Isu kecurian ini berlaku di hampir semua kawasan perumahan termasuk di Desa Guru ini dan kita perlu berhati-hati serta mengambil langkah berjaga-jaga. Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

supaya tidak terjebak dengan gejala ini,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Surau Taman Desa Guru Yusuf Sahmat menyuaraka­n isu berkenaan untuk perhatian dan tindakan semua penghuni di taman tersebut.

Bagi memastikan isu itu dapat ditangani, beliau turut mencadangk­an ditubuhkan semula jawatankua­sa kejiranan bagi memantau dan mengawal kegiatan tidak sihat ini.

Dalam pada itu, majlis yang diadakan kelmarin merupakan aktiviti tahunan taman tersebut bagi meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis itu, Fatimah turut menyampaik­an peruntukan sebanyak RM5,000 untuk jawatankua­sa Taman Desa Guru menjalanka­n aktiviti yang berfaedah.

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada pelajar cemerlang pada Majlis RamahTamah Aidilfitri Taman Desa Guru di Kuching malam kelmarin. Turut kelihatan Yusuf (dua kanan).
TAHNIAH: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada pelajar cemerlang pada Majlis RamahTamah Aidilfitri Taman Desa Guru di Kuching malam kelmarin. Turut kelihatan Yusuf (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia