Utusan Borneo (Sarawak)

Permuafaka­tan memastikan keharmonia­n hidup terpelihar­a

Tanpa permuafaka­tan penduduk sukar untuk mencapai sesuatu perkara

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Permuafaka­tan penduduk di sesebuah kampung penting untuk memastikan keharmonia­n hidup berjiran sentiasa terpelihar­a dengan baik.

Perkara itu ditegaskan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang yang memberitah­u, tanpa permuafaka­tan penduduk adalah sukar untuk mencapai sesuatu perkara.

“Namun, apa yang saya lihat pada malam ini (kelmarin Jumaat) di Majlis Ramah- Tamah Aidilfitri yang dianjurkan secara bersama ini membuktika­n permuafaka­tan penduduk di kawasan Muara Tuang ini sentiasa dijaga dengan baik.

“Tahniah kepada kesemua mereka yang terlibat bagi menjayakan majlis pada malam ini kerana berjaya membawa pelbagai lapisan dan peringkat umur masyarakat yang hadir pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Kampung Muara Tuang (KMT), Jawatankua­sa Masjid Darul Taqwa, Lembaga Amanah Kebajikan KMT dan PBB Ranting Muara Tuang di Dewan Serba Guna di sini malam Jumaat lalu.

Malah, Rubiah turut menggalakk­an penganjura­n majlis seumpama itu bagi menanam nilai murni seperti gotongroyo­ng, permuafaka­tan dan bekerjasam­a dalam setiap lapisan penduduk kampung sentiasa dipelihara dengan baik.

“Semangat seperti ini kalau kita lihat semakin hari semakin berkuranga­n teru-

Namun, apa yang saya lihat pada malam ini (kelmarin Jumaat) di Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri yang dianjurkan secara bersama ini membuktika­n permuafaka­tan penduduk di kawasan Muara Tuang ini sentiasa dijaga dengan baik. Rubiah Wang Ahli Parlimen Kota Samarahan

tama dalam kalangan anak muda kita.

“Sebab itulah saya amat menggalakk­an programpro­gram atau majlis-majlis perayaan seperti ini agar kita dapat mendidik dan menyemai semangat ini dalam diri anak muda kita,” tambahnya.

Pada masa sama beliau turut mengingatk­an penduduk Kampung Muara Tuang terus memelihara nama baik kawasan tersebut kerana ia adalah kampung asal (tradisi) masyarakat di Kota Samarahan.

Menurutnya lagi, nama Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang juga diambil sempena nama kampung itu.

“Justeru, saya berharap jawatankua­sa yang ada di sini sentiasa berganding bahu agar dapat memainkan peranan bersama bagi memastikan imej kampung ini tetap terpelihar­a kekal menjadi sebutan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK KMT Penghulu Suut Man berkata, hasil permuafaka­tan dan kerjasama penduduk dan pertubuhan kampung berjaya menganjurk­an majlis ramah-tamah melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Saya mewakili penduduk di Muara Tuang ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat sama menjayakan majlis kita pada malam ini (kelmarin).

“Pada masa sama saya mewakili anak muda di sini memohon agar Yang Berhormat Rubiah meluluskan permohonan untuk mengguna tapak gelanggang lama di Pejabat Daerah Samarahan sebagai tapak futsal untuk anak muda kampung menjalanka­n aktiviti sukan,” ujarnya.

 ??  ?? RAMAH- TAMAH: ( Duduk, kanan) Usman, Chin, Ishak, Ting, Yii dan Giri bersama ahli jawatankua­sa KRT Kampung Pujut Tanjong Batu pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.
RAMAH- TAMAH: ( Duduk, kanan) Usman, Chin, Ishak, Ting, Yii dan Giri bersama ahli jawatankua­sa KRT Kampung Pujut Tanjong Batu pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri.
 ??  ?? MESRA: Rubiah melawat gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.
MESRA: Rubiah melawat gerai makanan yang dibuka pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia