Utusan Borneo (Sarawak)

Guna kaedah baharu perangi denggi dalam tiga tahun lagi

Projek perintis sudah menunjukka­n tanda-tanda positif

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan memerlukan dua hingga tiga tahun sebelum membuat keputusan berhubung penggunaan kaedah menyuntik bakteria ke dalam telur nyamuk aedes bagi mengawal virus denggi di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata projek perintis kaedah tersebut sedang dilaksana di Shah Alam dan AU Keramat, Selangor sejak Februari lalu.

“Walaupun hasil kaedah itu masih belum dimuktamad­kan tetapi ia menunjukka­n tanda- tanda positif apabila jumlah denggi di dua kawasan tersebut menunjukka­n penurunan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Denggi ASEAN 2017 Peringkat Kebangsaan, di sini semalam.

Dr Subramania­m berkata, bakteria yang disuntik ke dalam telur nyamuk aedes itu berupaya mengurangk­an virus denggi di dalam nyamuk aedes dewasa, sekali gus tidak menyebabka­n denggi pada manusia yang menerima gigitan nyamuk tersebut.

Nyamuk yang membawa bakteria itu kemudian dilepaskan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mencatat jumlah denggi yang tinggi dan pihaknya akan memantau dari segi jumlah nyamuk serta kes-kes denggi di kawasan terlibat, kata beliau.

D r S u b r a m a n i a m berkata k a j i a n i t u d i - jalankan dengan kerjasama sebuah institut di United Kingdom dan dipantau rapi untuk melihat keberkesan­an serta kesan sampingann­ya sebelum memutuskan untuk memperluas­kannya ke kawasan lain.

Antara negara yang menggunaka­n kaedah itu ialah Amerika Syarikat dan Australia manakala Singapura ju- ga sedang dalam kajian untuk menggunaka­n metodologi tersebut bagi memerangi virus denggi.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Dr Subramania­m berkata sejumlah 53,750 kes demam denggi dengan 122 kematian dicatat di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 15 Julai lalu, menurun berbanding 61,534 kes dengan 135 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata denggi yang disebabkan nyamuk aedes merupakan penyakit kesihatan yang paling besar di negara ini dan kerajaan melaksanak­an pelbagai usaha dan program untuk membendung­nya.

Bagaimanap­un, usaha untuk membantera­s penyakit itu memerlukan kerjasama utuh dan komitmen pelbagai pihak terutama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagimemast­ikan tiada kawasan pembiakan aedes, katanya.

“S e m u a t a h u d e - m a m d e n g g i d i s e b a b -

Semua tahu demam denggi disebabkan oleh nyamuk aedes yang membiak di tempat-tempat air bertakung tetapi masih ramai yang gagal menjaga kebersihan kawasan mereka bagi memastikan tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes. Datuk Seri Dr S. Subramania­m Menteri Kesihatan

kan oleh nyamuk aedes yang membiak di tempat-tempat air bertakung tetapi masih ramai yang gagal menjaga kebersihan kawasan mereka bagi memastikan tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes.

“Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri juga perlu menguruska­n sisa pepejal dengan baik dan tidak membiarkan sampah dikumpul berselerak,” katanya.

Sementara itu Kementer i a n K e s i h a t a n dalam kenyataan di sini semalam berkata, sebanyak 6,031 tapak binaan diperiksa di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 8 Julai dan daripada jumlah itu 370 tapak binaan dikompaun kerana membiak aedes.

Sebanyak 1,790 tanah lot kosong pula dikenal pasti berisiko untuk pembiakan aedes dan daripada jumlah itu 1,418 telah dibuat pembersiha­n dan ‘larvacidin­g’, kata kenyataan itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr S Subramania­m bersalaman dengan para hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Hari Denggi Asean 2017 Peringkat Kebangsaan semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr S Subramania­m bersalaman dengan para hadirin yang hadir pada Majlis Perasmian Hari Denggi Asean 2017 Peringkat Kebangsaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia