Utusan Borneo (Sarawak)

Akta baharu perluas peranan JPS

-

KUALA KANGSAR: Peranan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS) dalam menjaga sumber air negara dapat diperluas apabila rang undang- undang baharu berkaitan pengurusan sumber air diluluskan di Parlimen kelak.

Ketua Pengarah JPS Malaysia, Datuk Seri Ir Zulkefli Hassan berkata, rang undangunda­ng baharu itu dijangka dibentangk­an untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Tujuan JPS memperkena­lkan rang undang-undang baharu ini adalah untuk memastikan sumber air negara dapat diuruskan dengan lebih sistematik di bawah satu jabatan.

“Buat masa sekarang tidak ada undang- undang atau- pun jabatan khusus yang bertanggun­gjawab dalam menguruska­n semua operasi sumber air negara,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Seramai 100 peserta berbasikal dan menaiki bot yang terdiri daripada pengamal media, penyelidik, kakitangan JPS dan juga beberapa badan bukan kerajaan menyertai Ekspedisi Sumber Air Negara @ Sungai Perak anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bertempat di Dataran Sayong Kuala Kangsar.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang turut menyempurn­akan upacara pelepasan peserta ekspedisi.

Menurut Zulkifli, dengan adanya akta baharu itu, JPS akan dapat mengemaski­ni undang-undang pengurusan sumber air yang lama dan tidak lagi sesuai digunakan sekiranya diberikan tanggungja­wab yang lebih luas.

“Akta yang telah sedia ada tidak lagi berkesan untuk dipraktikk­an pada masa kini kerana hanya menfokuska­n kepada sungai sahaja sedangkan Malaysia mempunyai banyak lagi sumber air yang lain.

“Pengurusan juga akan menjadi lebih berkesan contohnya semasa musim banjir, air tidak akan dibuang ke laut tetapi disimpan untuk menghadapi musim kemarau,” ujarnya.

Tambah Zulkifli, JPS telah mencadangk­an kepada kementeria­n untuk menukar nama kepada Jabatan Sumber Air.

Sementara itu ekspedisi selama 4 hari anjuran JPS yang melibatkan penyelidik dan media akan diteruskan ke lembangan sungai-sungai lain dalam negara pada tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia