Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA anjur pertanding­an cipta menu berasaskan buah-buahan tempatan

-

SUNGAI PETANI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) akan menganjurk­an pertanding­an mencipta menu berasaskan buah- buahan tempatan di peringkat sekolah, bagi meningkatk­an minat masyarakat khususnya golongan muda terhadap buah-buahan tempatan.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Ishak berkata ini kerana kesedaran golongan muda untuk memilih buah-buahan tempatan sebagai satu juadah makanan dan minuman didapati masih berada pada tahap yang rendah.

“Justeru satu daripada cara untuk menggalakk­an mereka memilih buah-buahan tempatan ialah dengan mengetenga­hkan kepelbagai­an persembaha­n produk makanan atau minuman berasaskan buah-buahan tempatan.

“Pertanding­an mencipta menu ini adalah alternatif terbaik untuk mencari idea baharu bagi menarik minat golongan muda untuk makan buah- buahan tempatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan Peringkat Sekolah Negeri Kedah 2017 di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa Sungai Petani, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah FAMA Negeri Kedah Anuar Mohamed dan Pengetua sekolah terbabit, Harris Ganae Nainar.

Ahmad berkata pertanding­an yang dijadual bermula Januari hingga Oktober 2018 itu, diharap akan membawa kepada penemuan menu baharu yang berpotensi untuk dikomersia­lkan.

“Kita ambil contoh durian, jika dahulu durian dimakan bersama pulut dan santan namun kini ia dipelbagai­kan menunya sehingga terkenal seperti ‘durian crepe’ dan ‘durian ice blended’.

“Menerusi pertanding­an ini, kita mahu mereka mencari idea bagi mencipta menu baharu yang berpotensi dikomersia­lkan dan mampu menarik minat golongan muda, menggunaka­n apa juga jenis buah-buahan tempatan, sama ada bermusim atau tidak bermusim,” katanya.

Sementara itu, seramai 550 pelajar dan 150 guru di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, memeriahka­n kempen itu yang menyediaka­n 3,000 kilogram buah terdiri daripada 10 jenis seperti durian, rambutan, manggis, cempedak, nangka, pisang, betik, tembikai dan limau madu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia