Utusan Borneo (Sarawak)

Had umur punca golongan belia kurang sertai pergerakan

-

ALOR SETAR: Penguranga­n had umur kepada 30 daripada 40 tahun menjadi faktor utama penyertaan dan pembabitan golongan muda dalam pergerakan belia semakin kurang.

Presiden Alumni Belia 4B, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pada zaman kini, usia bawah 30 tahun adalah satu keadaan yang genting bagi golongan belia dalam mengukuhka­n sosioekono­mi mereka.

“Pergerakan Belia 4B dahulu boleh diterajui oleh orang tua macam saya tetapi sekarang dah diturunkan kepada umur 30 tahun. Apa yang berlaku, rata-rata golongan muda pada zaman sekarang habis belajar di pusat pengajian tinggi pada usia 25 tahun dan baki untuk menjadi pemimpin belia cuma lima tahun.

“Itu tidak kira lagi dengan komitmen lain seperti mencari kerja, berkeluarg­a dan lainlain...saya yakin, had umur ini menyebabka­n pergerakan belia kurang subur di Malaysia berbanding 10 tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Persidanga­n Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-5 Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini semalam.

Majlis penutup persidanga­n itu disempurna­kan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mohd Ali berkata, had umur 30tahunitu­mungkinses­uaidinegar­a maju tetapi di Malaysia yang berada dalam transisi dari negara membangun ke negara maju, ia tidak akan mampu menarik golongan belia untuk menyertain­ya secara aktif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia