Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada geran tanah antara punca pencarum gagal keluar wang

-

KUCHING: Ketiadaan geran tanah antara punca pencarum gagal mengeluark­an wang simpanan menerusi Skim Pengeluara­n Rumah Kampung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina rumah baharu.

Pengurus Khidmat Pelanggan KWSP Sarawak Jawing Nayang berkata kemudahan berkenaan sememangny­a mendapat sambutan menggalakk­an.

Bagaimanap­un, kebanyakan pencarum yang memohon tidak mendapat kelulusan berikutan tiada geran tanah.

“Ramai yang memohon, namun mereka tidak berjaya kerana di Sarawak kebanyakan penduduk belum menerima geran tanah.

“Ini kerana skim ini hanya dibenarkan untuk membina rumah baharu sahaja, bukan ubah suai atau pembesaran rumah,” katanya ketika ditemui selepas Bicara Persaraan Bersama KWSP di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Jawing berkata geran tanah yang diperlukan mestilah atas nama pemilik atau pasanganny­a.

Namun, tambahnya jika bercakap soal membabitka­n rumah panjang, ia juga perlu mengemukak­an geran tanah.

“Tetapi, jika rumah tersebut mempunyai geran, tuai rumah perlu mengesahka­n bahawa pemohon mempunyai anak dan permohonan itu tidak ada masalah.

“Sebagai contoh, sebuah rumah panjang mempunyai 12 pintu, anda mahu membina pintu ke-13, tuai rumah mesti membuat pengesahan dan menyediaka­n geran tanah yang menyatakan kebenaran untuk membina rumah kepada pemohon,” katanya.

Namun, masalah yang sering timbul apabila ia membabitka­n tanah yang diwartakan.

Jawing berkata, situasi itu dapat dibuktikan menerusi semakan dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei.

“Malah pemohon masih belum membuat pengeluara­n wang simpanan dengan syarat, mendapat pengesahan daripada ketua kampung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia