Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM sedia kerjasama dengan polis dalam isu kongsi gelap

-

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan Sempadan ( AKSEM) sedia bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) serta agensi terlibat dalam mengekang kegiatan kongsi gelap dan jenayah di negeri ini.

Komander Aksem Kedah Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sekiranya terdapat maklumat berhubung orang dikehendak­i, Aksem sedia bertindak pa- da bila- bila masa untuk mengesan individu berkenaan.

“Mengenai kongsi gelap atau yang melibatkan jenayah ini kita bergantung kepada maklumat dan kalau ada maklumat yang diterima, kita bersedia membantu dan akan bertindak pada bila-bila masa untuk membantu pihak polis, “katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Hari Raya AKSEM Kedah di sini, semalam.

Abdul Latif berkata kawalan lebih ketat akan dilakukan bagi mengelak anggota atau kumpulan kongsi gelap melintasi sempadan negara untuk melarikan diri.

Dalam pada itu, beliau berkata AKSEM akan meningkatk­an kawalan dan pemantauan di sekitar pintu sempadan negara di Duri- an Burung, Padang Terap bagi mengekang kegiatan penyeludup­an daun ketum menerusi pintu sempadan berkenaan.

“Mungkin salah satu sebabnya ialah anggota di Bukit Kayu Hitam ditugaskan selama 24 jam dan penguatkua­saan adalah lebih ketat dan teliti menyebabka­n penyeludup beralih arah ke Durian Burung kerana di sana penugasan hanya mengikut waktu dan kita akan beri perhatian,” katanya.

Abdul Latif berkata, sehingga Julai tahun ini terdapat empat kes melibatkan rampasan daun ketum seberat 1,580 kilogram yang bernilai hampir RM95,000 di keduadua sempadan negara ini.

“Sekilogram daun ketum di negara jiran dianggarka­n RM60 menyebab- kan bahan i tu sering diseludup ke negara itu kerana memberi pulangan lumayan setelah diharamkan kerajaan Thailand,” katanya.

Aksem juga katanya akan menggunaka­n anggota s e d i a a d a u n t u k d i t u - gaskan sekiranya pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dibuka 24 jam.

“Kita juga bersedia dalam perkara itu dan guna kekua- tan yang ada untuk mengatasi kes- kes penyeludup­an bermusim seperti mercun dan benih kerang serta tidak bermusim seperti rokok, minuman keras, tenggiling dan daun ketum,” katanya.

Pada majlis itu, dianggarka­n 300 tetamu hadir memeriahka­n majlis termasuk pihak berkuasa Thailand seperti polis, kastam dan imigresen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia