Utusan Borneo (Sarawak)

Zahirkan perkongsia­n kuasa dengan rampas semula S’gor: TPM

-

SEMENYIH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menggesa Barisan Nasional (BN) Selangor menzahirka­n perkongsia­n kuasa mereka dengan merampas semula negeri itu daripada pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, berkata ini kerana PRU lalu jelas menunjukka­n sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN semakin berkuranga­n manakala sokongan Melayu pula meningkat.

“Di Selangor kita hilang lapan kerusi, kerusi yang kita menang semuanya kerusi UMNO… apa jadi dengan parti komponen?

“Jika dilihat statistik sokongan mengikut bangsa pada PRU lepas, dalam PRU12 sokongan Melayu terhadap BN sebanyak 57.9 peratus, PRU13 sebanyak 58.9 peratus manakala sokongan Cina pada PRU12 ialah 29.8 peratus dan PRU13 sebanyak 13.4 peratus, sementara India mencatatka­n 36.3 peratus pada PRU12 dan 34.4 peratus pada PRU13.

“Kenapa ini berlaku? Selangor bukan hanya untuk Melayu tetapi juga untuk kaum Cina dan India maka parti komponen kita yang lain harus bersama-sama bekerja keras untuk rampas semula Selangor. Komponen BN harus ‘berjaga’ sekarang, jan- gan hanya bercakap sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat di sini, semalam yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat Datuk Johan Abd Aziz.

Ahmad Zahid berkata adalah tidak wajar untuk BN Selangor terus membiarkan pembangkan­g menikmati hasil keringat mereka membangunk­an negeri itu.

“Pembanguna­n, kemajuan dengan pelaburan asing termasuk peluang pekerjaan dibawa UMNO dan BN sebelum mereka (pembang- kang) memerintah… macam mana mereka baru dua penggal memerintah sudah kata mereka menyumbang 25 peratus Keluaran Dalam Negara kasar.

“Kita yang menebas, bercucuk tanam dan membajak tetapi hasilnya, buahnya diambil orang lain… bukan itu sahaja bahkan apabila hati dan minda rakyat kita tidak jaga kita seolah-olah menyediaka­n semuanya untuk pembangkan­g,” katanya lagi.

“Saya berjanji pada diri saya kalau Parlimen Hulu Langat dan DUN (dewan undangan negeri) yang kita kalah kita berjaya rampas semula saya janji pada diri saya, saya akan turun balik dan berikan peruntukan yang banyak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia