Utusan Borneo (Sarawak)

Warga peneroka FELDA ucap terima kasih kepada Najib

-

PUTRAJAYA: Warga peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) menzahirka­n rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan insentif-insentif khas dalam membantu kebajikan dan kesejahter­aan komuniti itu.

Ketua Peneroka FELDA Samsudin Othman berkata insentif jangka pendek, sederhana dan panjang itu merupakan satu berita gembira untuk kesemua 112,635 peneroka di 317 rancangan di seluruh negara yang akan meringanka­n bebanan sekali gus insentif pelupusan hutang memberi kelegaan kepada peneroka.

“Kami warga FELDA berasa syukur dan berterima kasih kepada perdana menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini semalam.

Pada sambutan Hari Peneroka peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini semamlam, Najib mengumumka­n enam insentif untuk peneroka dan warga FELDA antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Mengulas dakwaan peneroka FELDA banyak berhutang dalam pelbagai jenis pinjaman, Samsudin yang menyangkal dakwaan itu berkata hutang yang ditanggung peneroka termasuk pinjaman sara hidup di antara RM1,000 hingga RM1,500 adalah bagi membantu mereka yang menjalanka­n projek tanaman sawit bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa.

“Kerajaan baik hati mendahuluk­an pinjaman sara hidup. Kalau kerajaan tidak bagi pinjaman, peneroka kena tunggu sampai tiga tahun baharu mendapat hasil.

“Jumlah inilah yang menyebabka­n hutang peneroka mencecah RM80,000. Ini adalah hutang ciptaan peneroka sendiri. FELDA tidak mengalakka­n polisi berhutang sebaliknya mereka yang tidak mahu mendapatka­n pinjaman sara hidup, itu lagi baik,” katanya

Mohammad Zainal Mohd Yusof, 61, dari FELDA Palong, Negeri Sembilan berkata ia menggambar­kan komitmen dan keikhlasan perdana menteri yang sentiasa mempertimb­angkan kebajikan masyarakat peneroka walaupun tidak diminta oleh mereka.

“Inilah kali pertama kami mendapat enam insentif sekali gus. Saya amat bersyukur dengan pengumuman hari ini (semalam). Kami sentiasa setia bersama kerajaan kerana mereka sentiasa mempertimb­angkan kebajikan kami. Saya juga gembira dapat raikan sambutan hari jadi perdana menteri di sini,” kata pesara tentera itu, sambil menambah FELDA sentiasa memberikan pulangan lumayan kepada para peneroka.

Bagi Halimah Awang, 58, dari Felda Soeharto, Selangor, beliau sangat bersyukur dengan tanda ingatan kerajaan kepada rakyat yang setia dengan FELDA dan sentiasa mendapat manfaat dalam pelbagai bentuk.

“Saya sangat sayangkan FELDA yang banyak berjasa kepada peneroka. Kami berharap generasi FELDA kini akan menjaga FELDA dengan baik sehingga akhir hayat,” katanya.

Sementara itu, Asmawi Ani atau lebih popular dikenali sebagai Mawi yang berasal dari FELDA Taib Andak, Kulai, Johor berkata kerajaan dari dulu sehingga sekarang sentiasa mengutamak­an kebajikan warga peneroka FELDA dengan memberikan segala bentuk insentif dan kemudahan sejak 1956.

“Lihatlah sendiri peningkata­n positif sehingga hari ini. Kita perlu bersyukur apa yang sudah ada dan jaga elokelok. Generasi muda khususnya jangan hanya dengar cerita negatif mengenai FELDA dan cepat terpengaru­h. Kena periksa dulu. Itu yang paling penting.

“Jadi, bila dah diterapkan dari kecil konsep bersyukur itu, segala apa yang saya dapat, saya amat bersyukur, Alhamdulil­lah,” katanya.

Pelakon Abdul Jalil Hamid yang merupakan anak jati FELDA Cahaya Baru, Masai, Johor melihat pemberian insentif sebagai tanda kerajaan di bawah kepimpinan Najib mengambil berat serta sentiasa berusaha memakmurka­n negara serta rakyat.

“Inilah keistimewa­an kerajaan membantu warga FELDA. Adakala, hidup peneroka bergantung kepada komoditi sawit. Ada waktu meningkat, atau tidak. Saya pun anak jati FELDA dan tahun-tahun kehidupan di FELDA. ada mereka buat rumah sendiri pun tak mampu. Ini adalah satu kesyukuran besar dari kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERITA BAIK: Peneroka bersorak gembira sebaik pengumuman oleh Najib sempena Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) 2017 semalam.
— Gambar Bernama BERITA BAIK: Peneroka bersorak gembira sebaik pengumuman oleh Najib sempena Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) 2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia