Utusan Borneo (Sarawak)

Lok Heng Selatan juara Anugerah Keceriaan Kampung FELDA 2017

-

PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) Lok Heng Selatan, di bawah pengurusan Wilayah Johor, dipilih sebagai juara Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n keputusan itu dan menyampaik­an replika cek RM1 juta kepada Ketua Peneroka Lok Heng Selatan Mohammad Bakar pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya di sini semalam.

Juara AKKF dianuger- ahkan kepada rancangan terbaik yang berjaya mengurus kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung FELDA di samping aspek kualiti komuniti.

FELDA Lok Heng Selatan yang terletak 42 kilometer dari bandar Kota Tinggi, Johor, merupakan rancangan Felda yang dibangunka­n dari tahun 1979 hingga 1981.

I a d i s e r - tai 371 peneroka yang mengusahak­an tanaman kelapa sawit seluas 1,768.44 hektar dengan populasi berjumlah 2,884 orang.

Sementara itu, Pengurus Lok Heng Selatan Abu Hasan Ashari berkata usaha gigih selama tujuh tahun, termasuk empat kali tercalon dalam senarai akhir AKKF, membuahkan hasil apabila rancangan FELDA itu dipilih sebagai juara AKKF pada tahun ini.

“Kami berasa bangga apabila usaha gigih semua penduduk rancangan FELDA dan guru besar sekolah untuk memastikan keindahan dan ketenangan di persekitar­an rancangan FELDA membuahkan hasil. Kemenangan ini sangat bermakna kepada kami.

“Apa yang kami lakukan adalah sentiasa perbaiki dan melaksanak­an transforma­si berdasarka­n kelemahan serta kekurangan sebelum ini,” katanya.

Mengenai hadiah RM1 juta yang diterima semalam, Abu Hasan berkata RM1,000 akan diagihkan kepada setiap 371 peneroka selain dimanfaatk­an dengan sebaik-baiknya bagi aktiviti di FELDA berkenaan.

Anugerah AKKF yang dilaksanak­an sejak tahun 2008 telah memberi impak positif kepada penduduk rancangan FELDA, antaranya menggalakk­an aktiviti keceriaan di kalangan seluruh masyarakat rancangan FELDA, untuk membawa perubahan ke arah menceriaka­n kawasan kampung.

Selain itu, AKKF juga menukar wajah perkampung­an FELDA menjadi komuniti taman dan dilengkapi infrastruk­tur yang baik dan terurus selain bersih, mesra alam dan sihat, serta tempat menjana pendapatan yang maksimum.

Pada tahun ini, sebanyak 28 buah rancangan FELDA dipilih untuk dinilai di peringkat separuh akhir. Setelah penilaian dibuat, 10 buah rancangan berjaya ke peringkat akhir.

Pada majlis itu, Najib juga menyampaik­an hadiah kepada Masjid Jamek Al-Ehsan di FELDA Pasak, Wilayah Johor Bahru yang dipilih sebagai penerima Anugerah Masjid Contoh 2017 manakala Mohamad Jusoh dari FELDA Cerul 01,

Wilayah Kuantan dipilih sebagai Tokoh Imam Felda 2017.

Bagi kategori Anugerah Masjid Contoh, pemenang memperoleh hadiah RM50,000, trofi dan sij i l m a n a k a l a p e m e - nang Anugerah Tokoh Imam Felda membawa pulang RM15,000, trofi dan sijil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia