Utusan Borneo (Sarawak)

Guna peluang untuk kembali bermuafaka­t bersama FELDA

-

PUTRAJAYA: Gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kerajaan untuk kembali bermuafaka­t bersama FELDA, demikian ingatan Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada kalangan peneroka yang ‘terkeluar’ atau tidak bersama organisasi itu.

Katanya selaku Pengerusi FELDA, beliau melihat peluang yang diberikan itu adalah sangat istimewa dan harus direbut sepenuhnya oleh 17,679 peneroka terutamany­a selepas mereka bertindak tidak menghantar hasil kepada FELDA dan menyaman organisasi tersebut.

Beliau berkata ketika pihak terbabit mahu FELDA lebih efisien dan fokus kepada tanggungja­wab, mereka yang terkeluar juga perlu bersikap adil dan berintegri­ti sebagai peneroka untuk sama-sama membangun dan memajukan institusi itu sebagai sebuah ‘keluarga’ besar.

“Sebab itu, kita berusaha menggalakk­an 15 peratus peneroka terkeluar ini untuk kembali bermuafaka­t bersama FELDA dalam tempoh enam bulan yang diberikan kepada mereka.

“Selain berpeluang menikmati enam insentif yang diumumkan hari ini, ia juga secara tidak langsung dapat memperkasa­kan institusi itu apabila mereka bermuafaka­t untuk kembali menjual hasil ladang kepada FELDA,” katanya pada sidang media selepas perasmian sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan di sini semalam.

HadirsamaT­imbalanMen­teri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian sambutan itu bahawa peneroka terbabit diberikan peluang untuk kembali bermuafaka­t ber- sama FELDA bagi tempoh enam bulan, bermula Ogos depan.

Menurut Najib, peneroka yang kembali bermufakat layak untuk menerima enam insentif yang diumumkann­ya semalam bermula Februari 2018.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata pihaknya sedar antara punca peneroka terbabit tidak bersama FELDA ialah kerana tidak mahu melunaskan hutang masing-masing melalui cara tidak menjual hasil kepada organisasi yang biasanya dipotong terus daripada nilai jualan yang dibuat.

“Kita harap tawaran ini dapat mengubah tanggapan mereka terhadap FELDA kerana mereka juga harus sedar, hutang tersebut yang majoritiny­a untuk bantuan sara hidup adalah atas kerelaan peneroka itu sendiri, “katanya.

Dalam pada itu, Razali berkata pengumuman itu merupakan satu langkah ke hadapan kerajaan menjaga kebajikan seluruh warga peneroka walaupun pada hakikatnya mereka boleh diabaikan kerana bukan sahaja tidak menjual hasil kepada FELDA bagi membolehka­n pemotongan hutang dilakukan, malah lebih berat bertindak menyaman organisasi yang mereka bernaung di bawahnya.

Beliau berkata hutang sara hidup di kalangan 17,679 peneroka yang tidak bersama FELDA ini adalah antara tertinggi di kalangan pemiutang daripada enam skim yang disediakan instutusi itu, iaitu melebihi RM80,000 seorang.

“Di FELDA, hutang ini tidak dikenakan faedah, manakala bayaran balik hutang dipotong apabila peneroka terbabit menjual hasil kepada FELDA...jika tidak jual kepada FELDA, bagaimana hutang mereka boleh berkurang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia