Utusan Borneo (Sarawak)

Pedro dikejarkan ke hospital, alami konkusi dirempuh Ospina

-

BEIJING, China: Penyerang Chelsea, Pedro, dikejarkan ke hospital dengan satu kemungkina­n konkusi selepas berlanggar dengan penjaga gol Arsenal ketika Chelsea menewaskan Arsenal 3- 0 pada perlawanan persahabat­an di sini Sabtu lepas.

Penyerang berusia 29 tahun itu mengalami kecederaan dengan darah kelihatan membasahi mukanya pada awal separuh masa pertama selepas penjaga gol Arsenal, David Ospina merempuhny­a ketika menolak bola keluar dari kawasan bahaya.

Selepas menerima rawatan beberapa minit dalam padang, Pedro bangun dan meninggalk­an padang dengan darah kelihatan di hidung, bibir dan telinga kanannya.

“Apa yang pasti beliau seharusnya OK tetapi saya fikir beliau mengalami konkusi,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte pada sidang media selepas perlawanan selepas Michy Batshuayi menjaringk­an dua gol dalam kemenangan itu.

“Atas sebab ini, doktor kami merujuk beliau kepada hospital dengan segera,” tambah Conte.

“Ia mengecewak­an kerana dalam tempoh seperti ini, ia tidak bagus untuk mengalami kecederaan seperti ini tetapi beliau dijangka akan kembali cergas.”

Conte berkata beliau tidak tahu sekiranya Pedro akan bermalam di hospital tetapi jika pemain antarabang­sa Sepanyol itu kembali sihat, beliau akan bersama-sama dengan pasukan ke Singapura untuk meneruskan jelajah pramusim.

Kecederaan itu mencemari prestasi cemerlang Chelsea dengan Batshuayi menjaringk­an dua gol di hadapan 55,618 penonton di Stadium Sarang Burung di Beijing.

Kemenangan dilihat memberikan sedikit balas dendam di atas kekalahan 1-2 Chelsea kepada Arsenal di final Piala FA Inggeris pada bulan Mei lepas.

Batshuayi menyerlah ketika Chelsea membuat persediaan untuk menurunkan penyerang baharu, Alvaro Morata, yang mungkin akan membuat penampilan sulung menentang Bayern Munich di Singapura Selasa depan ekoran perpindaha­n bernilai 80 juta euro dari Real Madrid.

Batshuayi menjaringk­an gol kedua dalam tempoh dua minit dalam separuh masa kedua, menerima satu umpanan cantik dari Marco Alonso sebelum merembat cantik ke pintu gol.

Pemain baharu Arsenal, yang juga bekas penyerang Lyon, Alexandre Lacazette, bagaimanap­un kurang menyerlah dan tempat beliau diganti oleh Olivier Giroud dalam separuh masa kedua dan berjaya memberikan keyakinan kepada jentera serangan Arsenal tetapi rembatan awal beliau ditepis penjaga gol Chelsea.

Willian membuka jaringan pada minit ke-40 sebelum N’Golo Kante mengumpan bola kepada Batshuayi untuk menambah jaringan dua minit kemudian.

Selepas perlawanan, pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengenepik­an soalan tentang sama ada Alexis Sanchez mungkin akan berpindah ke Paris Saint Germain (PSG), dengan berkata: “Ia hanya imaginasi media.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia