Utusan Borneo (Sarawak)

Isner berdepan Ebden di final kejohanan Hall of Fame

-

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Pemain pilihan pertama yang juga jaguh tuan rumah, John Isner, melakukan 15 pukulan servis kencang untuk menewaskan rakan senegarany­a, Bjorn Fratangelo 62 dan 6-4 untuk melangkah ke final kejohanan Hall of Fame, di mana beliau akan menentang pemain kelayakan dari Australia, Matthew Ebden Sabtu lepas.

Isner akan memburu kejuaraan ke-11 dalam kerjayanya dan yang ketiga di sini selepas muncul juara pada 2011 dan 2012.

“Saya bermain tiga per- lawanan dan enam set dan tidak pernah menghadapi mata pendahulua­n lawan, saya tidak ingat bila kali terakhir ia berlaku kepada saya,” kata Isner.

Ebden, pemain pada ranking ATP paling rendah – 249 – mengejutka­n pemain pada ranking ke-131, Peter Gojowczyk dari Jerman 6-3 dan 6-3 pada perlawanan separuh akhir.

Ebden, 29, bekas pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel, melangkah ke perlawanan separuh akhir pertama beliau di peringkat ATP dan memerlukan masa hanya 62 minit untuk meneruskan kemaraan ke final.

“Ini sememangny­a menarik,” kata Ebden. “Saya tidak mempercaya­inya. Saya sememangny­a berasa sangat gembira. Ia adalah hari yang amat menggembir­akan bukan hanya kerana saya menang tetapi kerana saya dapat bermain dengan lebih banyak pada satu kejohanan.

Isner, yang kali terakhir memenangi kejuaraan ATP ialah di Atalanta pada 2015, melangkah ke final pertama beliau sejak di kejohanan Siri Master Paris pada bulan November tahun lepas, di mana beliau tewas kepada jaguh Britain, Andy Murray.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerka­n permainan lebih agresif untuk menamatkan permainan lawan lebih pantas dengan pukulan servis kencang.

“Saya seharusnya bermain lebih agresif tetapi ia mudah untuk berkata dari melakukann­ya dalam gelanggang,” kata Isner.

Beliau juga menyukai rehat tambahan, dengan merujuk di mana pemain nombor satu dunia, Andy Murray dan jaguh Serbia, Novak Djokovic, juga beraksi dengan baik selepas berehat beberapa minggu.

Isner, pemain ranking ke-21 dunia, menamatkan set pertama dalam masa 34 minit dan kemudian menamatkan permainan dalam masa 72 minit apabila pukulan Fratangelo, pemain ranking ke-142 dunia, keluar darigelang­gang.

Isner memenangi dua perlawanan menentang Ebden sebelum ini – di pusingan keempat di Indian Wells pada 2012 dan di pusingan kedua Wimbledon pada 2015.

“Ia pastinya perlawanan yang sukar di final,” kata Isner. “Beliau berasa yakin dengan permainann­ya dan saya fikir beliau akan beraksi di permukaan kegemarann­ya.”

Ebden, yang mempunyai rekod 3-3 pada perlawanan ATP sebelum minggu ini, memenangi enam perlawanan dalam beberapa hari dan tidak kelihatan dalam bahaya gagal ke final apabila sentiasa mengawal perlawanan menentang Gojowckzyk.

Kecederaan lutut kiri menyebabka­n Ebden tidak beraksi pada 2016 tetapi beliau kelihatan sudah kembali menyerlah pada tahun ini. — AFP

 ??  ?? SEDIA BERJUANG: Harden (berdiri tiga kiri), Jilin (dua kiri), Waterkille­r (empat kiri) bersama pasukan SUPP Simanggang FC pada sesi perjumpaan semalam.
SEDIA BERJUANG: Harden (berdiri tiga kiri), Jilin (dua kiri), Waterkille­r (empat kiri) bersama pasukan SUPP Simanggang FC pada sesi perjumpaan semalam.
 ??  ?? ISNER
ISNER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia