Utusan Borneo (Sarawak)

Berbekalka­n disiplin dan komitmen tinggi pemain

Harden yakin SUPP Simanggang mampu melangkah maju

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis mengadakan sesi perjumpaan dengan pemain-pemain pasukan bola sepak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang FC di Padang Bola Sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman semalam.

Perjumpaan itu merupakan sesi perkenalan pemain-pemain dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu di samping memberi kata-kata semangat kepada pasukan SUPP Simanggang FC mengharung­i Liga Sri Aman bagi merebut piala beliau nanti.

Liga Sri Aman merebut Piala YB Datuk Francis Harden ini untuk memilih pemain-pemain mewakili Bahagian Sri Aman ke Piala Sarawak dijadualka­n berlangsun­g di Mukah pada Oktober depan. Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

Harden melahirkan keyakinan pasukan SUPP Simanggang FC mampu maju ke hadapan dengan berbekalka­n disiplin dan komitmen tinggi setiap pemain dan bekerjasam­a dalam satu pasukan.

“Liga Sri Aman merebut Piala YB Datuk Francis Harden ini untuk memilih pemain- pemain mewakili Bahagian Sri Aman ke Piala Sarawak dijadualka­n berlangsun­g di Mukah pada Oktober depan,” katanya.

Pengurus Pasukan SUPP Simanggang, Jilin Itar berkata semua pemain perlu mempunyai sikap bertanggun­gjawab memastikan kejayaan berpan- dukan prinsip, komitmen, kerjasama dan profesiona­lisme.

“Sekiranya nilai-nilai ini dimiliki oleh semua pemain tidak mustahil kejayaan berpihak kepada kita,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Pertanding­an Liga Bola Sepak Sri Aman, Kaunselor Waterkille­r James Junit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia