Utusan Borneo (Sarawak)

SEAGF cari calon baharu tuan rumah Sukan SEA 2019

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Sarawak sedia menaja Kelab Golf Sarawak (KGS) bagi menganjurk­an kejohanan golf peringkat antarabang­sa di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, sekiranya KGS mampu membawa lebih ramai pemain golf dari luar negara seperti Jepun dan China maka tidak menjadi keberatan untuk kerajaan negeri menaja kejohanan tersebut dianjurkan di negeri ini.

Tambahnya, bidang sukan telah diberi keutamaan oleh kerajaan negeri menerusi rombakan kabinet negeri baharu-baharu ini yang menggabung­kan pelanconga­n, kesenian, kebudayaan, belia dan sukan di bawah satu kementeria­n.

“Tujuannya adalah menggalakk­an pelanconga­n sukan (termasuk aktiviti kesenian, kebudayaan melibatkan golongan belia) di negeri ini.

“Sudah tentu kerajaan negeri boleh menaja kejohanan golf antarabang­sa sekiranya KGS boleh membawa ramai pemain golf dari luar datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n hadiah sempena Kejohanan Golf Sarawak Classic 2017 Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan di KGS di sini semalam.

Pada masa sama, Abang Johari berharap agar kerjasama antara ahli-ahli KGS dan kerajaan negeri dapat dikekalkan dalam memastikan kejayaan penganjura­n sesuatu kejohanan.

“Kerjasama juga penting antara kita dalam memastikan kesefahama­n antara kita untuk bersama-sama maju ke hadapan berkongsi maklumat dan pengetahua­n.

“Sebab itu, saya memperkena­lkan ekonomi digital bagi meningkatk­an perhubunga­n dan maklumat. Jika ada dua ini kamu boleh melakukan apa yang kamu mahukan,” jelasnya.

Menurutnya, golf juga sama sekiranya KGS sentiasa berhubung kalangan ahli, bincang perkara berkaitan dan beliau yakin KGS ada satu perkara utama boleh maju ke hadapan.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Kapten Dr David Sylvester Ling kerana berjaya menganjurk­an kejohanan ini,” katanya sambil mengalu-alukan penyertaan pemain profesiona­l dari Thailand.

Pada kejohanan itu, Lee Ka Tung berjaya mempertaha­nkan piala yang dimenangin­ya tahun lalu sekaligus berjaya mencatatka­n sembilan kali kemenangan pada Kejohanan Golf Sarawak Classic 2017 Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan di KGS bagi kategori keseluruha­n lelaki 36 lubang.

Lee berjaya mencatatka­n 142 gross sepanjang dua hari kejohanan itu sekaligus membolehka­nnya membawa pulang Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan televisyen Sony 49 inci.

Tempat kedua dan ketiga bagi kategori itu dimenangi Malcolm Ting (146) dan Aziel Teo (149).

Manakala bagi kategori nett keseluruha­n lelaki 36 lubang, tempat pertama dimenangi Zulkifli Jaraee (139), naib juara dimenangi Vincent Wong (142) dan Sabani Kadir (144) di tempat ketiga.

Bagi kategori keseluruha­n wanita 36 lubang gross, tempat pertama dimenangi Mirabel Ting dengan mencatatka­n 148, diikuti Angel Hii di tempat kedua dengan 154 dan ketiga Eliza Mae Kho (164). KUALA LUMPUR: Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memilih tuan rumah baharu Sukan SEA ke- 30 selepas Filipina menarik diri daripada menjadi penganjur temasya dwitahunan itu pada 2019.

Presiden SEAGF, Tan S r i Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata mesyuarat SEAGF itu akan diadakan selepas badan induk temasya sukan itu menerima surat rasmi daripada Jawatankua­sa Olimpik Filipina (POC), minggu depan.

Jumaat lepas, Pengerusi Suruhanjay­a Sukan Filipina, William Ramirez mengumumka­n keputusan itu kerana negara itu mahu memberi tumpuan usaha pemulihan serta pembanguna­n semula bandar Marawi di Mindanao yang terjejas teruk akibat pertempura­n selama lebih dua bulan antara pasukan keselamata­n dan kumpulan militan.

Tunku Imran berkata, beliau dimaklumka­n oleh POC bahawa peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negara itu untuk persiapan menjadi penganjur Sukan SEA pada 2019 kelak terpaksa digunakan untuk memulihkan bandar Marawi di wilayah selatan negara itu.

“POC telah memberitah­u kami sebelum ini bahawa mereka akan menghantar surat rasmi pada Rabu ini untuk mengumumka­n keputusan mereka dan jika pendirian itu kekal, saya akan memanggil mesyuarat SEAGF untuk membincang­kan calon baharu tuan rumah edisi berkenaan, katanya.

Tunku Imran, yang jug a p r e s i d e n M a j l i s O l - impik Malaysia ( OCM), berkata demikan pada sidang media selepas menghadiri Majlis Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri OCM di Wisma OCM, di sini semalam.

Beliau berkata Vietnam dan Kemboja, yang masing- masing akan menjadi tuan rumah pada edisi 2021 dan 2023, boleh menawarkan diri untuk menggantik­an Filipina sekiranya mereka bersedia menganjurk­an temasya sukan itu pada 2019.

Semasa Sukan SEA Singapura 2015, Filipina bersetuju untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi 2019 selepas Brunei dan Vietnam menolak tawaran tersebut kerana kurang bersedia. — Bernama

Sudah tentu kerajaan negeri boleh menaja kejohanan golf antarabang­sa sekiranya KGS boleh membawa ramai pemain golf dari luar datang ke Sarawak. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? HALANG: Pertahanan Sarawak, Rodney Celvin cuba menghalang percubaan penyerang PKNS FC, Bobby Gonzales pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon HALANG: Pertahanan Sarawak, Rodney Celvin cuba menghalang percubaan penyerang PKNS FC, Bobby Gonzales pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? KEKAL JUARA: Lee menerima Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan daripada Abang Johari sambil disaksi Dr Chan dan David di Kuching semalam.
KEKAL JUARA: Lee menerima Piala Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan daripada Abang Johari sambil disaksi Dr Chan dan David di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia