Utusan Borneo (Sarawak)

Kealpaan benteng pertahanan membawa padah buat Sarawak

-

KUCHING: Kealpaan benteng pertahanan sekali lagi membawa padah buat Sarawak menyaksika­n skuad kendalian Pengiran Bala tewas tipis 1- 0 di tangan PKNS FC pada aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Selepas berjaya mengikat kedudukan tanpa jaringan pada babak pertama, Sarawak hilang momentum pada babak kedua memberi peluang kepada pemain PKNS FC meledak jaringan pada minit ke- 69.

Meskipun dihidang dengan beberapa peluang untuk menjaringk­an gol, Sarawak yang kehilangan beberapa pemain tonggak hilang punca dan gagal menemui rentak untuk memanfaat setiap peluang keemasan.

“Pemain- pemain gagal mengulangi persembaha­n seperti yang ditunjukka­n pada perlawanan sebelum ini. Mereka lambat menyesuaik­an diri sehingga membuka peluang kepada pasukan pelawat mencuri kesempatan,” kata Pengiran Bala ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.

Menurutnya, permainan kedua- dua pasukan agak seimbang dan pemain- pemainnya juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

“Cuma nasib lebih memihak kepada pasukan pelawat untuk beroleh kemenangan,” katanya.

Apa yang pasti, beliau akan melakukan ‘ post mortem’ untuk melihat kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi baki perlawanan seterusnya.

Sarawak akan meneruskan kempen Liga Super 2017 menentang Melaka United di laman lawan pada Rabu ini ( 26 Julai).

Ini adalah kekalahan kesembilan Sarawak untuk mengekalka­n skuad itu pada kedudukan ke- 10 liga dengan mengumpul 14 mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia