Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada halangan bagi Sarawak tuan rumah kejohanan sukan berprestij

-

KUCHING: Tiada menjadi halangan bagi Sarawak menjadi tuan rumah penganjura­n lebih banyak kejohanan sukan berprestij peringkat Asia, Antarabang­sa mahupun dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana Sarawak mempunyai rizab kira-kira RM30 bilion boleh digunakan untuk menyediaka­n kemudahan sukan bertaraf dunia di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak memastikan bahawa kita dapat menjadi tuan rumah kejohanan sukan seterusnya kerana kita mempunyai rizab kira-kira RM30 bilion boleh digunakan membangunk­an dan menyediaka­n kemudahan penganjura­n kejohanan sukan peringkat asia, antarabang­sa dan dunia.

“Ini menjadi visi kita menjadi kuasa sukan di negara ini dan itulah salah satu sebab kenapa kita membina banyak kemudahan sukan bertaraf dunia,” katanya pada majlis makan malam bersama kontinjen Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Antarabang­sa Malaysia (MIOMAC) Ke-31 di sini malam kelmarin.

“Justeru, kita amat yakin dapat membida Kejohanan Olahraga Masters Asia 2019 dan Sukan Akuatik Para Dunia 2019 di China pada September nanti,” ujarnya.

Malah, Abdul Karim memberitah­u menerusi penganjura­n sukan peringkat antarabang­sa, Asia mahupun dunia dapat menggalakk­an pertumbuha­n sektor pelanconga­n negeri ini.

Katanya, menerusi sukan Sarawak dapat membawa lebih ramai pelancong luar datang ke negeri ini justeru sukan antara tarikan utama pelancong datang ke Sarawak.

“Dalam mendukung usaha itu, kerajaan negeri giat men- jalankan perbincang­an bersama beberapa syarikat penerbanga­n untuk menambah Sarawak sebagai lokasi laluan penerbanga­n mereka.

“Justeru, hujung tahun ini kita berharap dapat membawa lebih banyak penerbanga­n ke Sarawak terutamany­a pada 2019 apabila Sarawak menjadi tuan rumah bagi dua acara besar itu nanti,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Olahraga Master Asia (AMA) dan Persatuan Olahraga Master Malaysia (MMAA) S. Sivapragas­am memuji Sarawak kerana dapat menjadi tuan rumah kejohanan itu dengan baik.

“Inilah kali pertama kejohanan MIOMAC mendapat penyertaan paling ramai sejak dianjurkan meskipun Sarawak pertama kali menjadi tuan rumah kejohanan ini.

“Syabas kepada kerajaan Sarawak kerana membantu kita bersama-sama menjayakan kejohanan ini,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA TETAMU: Abdul Karim (tengah) bersama Sivapragas­am (empat kiri) serta wakil-wakil kontinjen Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Antarabang­sa Malaysia Ke-31 malam kelmarin.
BERSAMA TETAMU: Abdul Karim (tengah) bersama Sivapragas­am (empat kiri) serta wakil-wakil kontinjen Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Antarabang­sa Malaysia Ke-31 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia