Utusan Borneo (Sarawak)

Himpunan usahawan muda paling ramai di POLISAS tercatat dalam MBR

-

HIMPUNAN 885 penuntut institusi pengajian tinggi di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di Kuantan baru-baru ini mencatat sejarah sebagai himpunan usahawan muda paling ramai dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Mereka yang merupakan pelajar dari 28 politeknik dan 19 kolej komuniti di seluruh negara kelihatan gembira apabila rekod itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi MBR Christophe­r Wong.

Turut hadir meraikan detik manis pelajar berkenaan ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad. Sementara itu, Pengarah POLISAS Norlida Abd Razak berkata pelajar terbabit merupakan peserta Pertanding­an

Usahawan Muda anjuran POLISAS yang bertemaka ‘Keusahawan­an bagi Gaya Hidup Mampan’.

“Program bertujuan memantapka­n jati diri pelajar dalam aspek keusahawan­an yang boleh menjadi punca pendapatan kepada mereka pada masa depan,” katanya kepada pemberita, di Kuantan baru-baru ini. Norlida berkata, di bawah program dua hari itu peserta bersaing mengumpul dana yang akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih sebagai memenuhi tanggungja­wab sosial korporat iaitu satu daripada tiga konsep yang menjadi asas program.

Dua lagi konsep ialah keusahawan­an dan keusahawan­an sosial, katanya.

Beliau berkata sebanyak 47 kumpulan telah menyertai ‘Boot Camp’ dan Sesi Pembentang­an Projek Keusahawan­an dan mereka perlu bersaing bagi mengisi 20 tempat dalam cabaran seterusnya.

“20 kumpulan ini kemudianny­a akan bersaing untuk menjadi 10 kumpulan terbaik yang akan menerima suntikan dana RM1,000 setiap kumpulan,” katanya menambah kumpulan yang berjaya akan diumum Oktober ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA USAHAWAN: Ishak (depan, tiga kiri) bergambar bersama usahawan pada majlis Malaysia Book of Records (MBR)‘Most Number of Participan­ts in a Young Entreprene­urship Competitio­n’ di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan.
— Gambar Bernama BERSAMA USAHAWAN: Ishak (depan, tiga kiri) bergambar bersama usahawan pada majlis Malaysia Book of Records (MBR)‘Most Number of Participan­ts in a Young Entreprene­urship Competitio­n’ di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia