Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Petra Jaya anjur ekspo, karnival 29 Jul

-

orang dewasa yang bertanggun­gjawab ke atas persekitar­an,” katanya dalam satu kenyataan.

Para pelajar berumur dalam lingkungan dua hingga empat tahun itu mempelajar­i kesan sisa ke atas alam sekitar, serta proses kutipan sampah harian oleh Trienekens dan pengasinga­n sampah dengan mengenal pasti pelbagai jenis sisa yang boleh dikitar semula.

Pengetua Taska Angel Ekaterina Kolushkina berkata, ceramah oleh Trienekens merupakan sesi amat bernilai untuk kanak-kanak itu dan pihaknya berharap dapat meningkatk­an kesedaran di kalangan guru dan ibu bapa.

Pihaknya juga akan memulakan program kitar semula bagi menguruska­n sisa dengan lebih baik.

Program kesedaran kitar semula dan ‘Wise Up to Waste’ merupakan bahagian penting dalam usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Trienekens yang menfokuska­n pendidikan alam sekitar.

Ia menyediaka­n landasan bagi sekolah untuk memahami pengurusan sisa pepejal dan kitar semula secara interaktif melalui permainan dan latihan main peranan, serta membawa pengalaman hidup sebenar ke bilik darjah.

Program itu turut mengajar pelajar untuk menghargai kesejahter­aan alam sekitar dengan mengekalka­n kebersihan di semua tempat setiap masa dan mengelak daripada membuat sampah merata-rata. SEMUA penduduk di Petra Jaya dijemput hadir bagi memeriahka­n lagi Ekspo Badan Beruniform dan Karnival Kelab serta Persatuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya 2017 yang akan diadakan pada 29 Julai ini.

Menurut Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Petra Jaya Mat Arif, penganjura­n ekspo seumpama itu adalah julung kali dianjurkan oleh pihak PIBG dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah.

Ekspo itu katanya, adalah bagi memberi pendedahan dan peluang kepada para pelajar untuk mereka mengasah pengetahua­n, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran mempraktik dwibahasa, mempraktik­kan identiti nasional dan melaksanak­an etika dengan sebaiknya dalam hubungan kemanusiaa­n.

“Tahap pemikiran menilai dapat direalisas­ikan apabila pelajar membuat pertimbang­an dan keputusan menggunaka­n pengetahua­n, kemahiran dan nilai serta memberi justifikas­i.

“Semua elemen tersebut merupakan enam ciri yang perlu ada kepada para pelajar seperti mana yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia, dan melalui penganjura­n ekspo dan karnival seumpama ini, kami ingin menilai sejauh mana kemahiran berfikir aras tinggi melalui kegiatan kokurikulu­m, dapat memperliha­tkan akan kemahiran kritis, kreatif dan inovasi pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang tempoh ekspo tersebut, para pelajar yang terlibat dalam pasukan badan beruniform, akan mempamerka­n hasil kerja dan menyediaka­n bahan pameran berkaitan badan beruniform yang disertai.

Demonstras­i seperti peralatan perkhemaha­n, pertolonga­n cemas dan seumpamany­a akan dipamerkan dan didemontra­sikan bagi maklumat pengunjung.

Selain itu, ekspo dan karnival itu juga akan diserikan dengan pelbagai aktiviti lain oleh kelab dan persatuan yang terlibat.

Jualan makanan, jualan buku dan pakaian baru dan terpakai, kutipan buku terpakai, kutipan baju terpakai, selain cabutan bertuah juga bakal diadakan.

Sebanyak 33 tapak pameran yang iaitu masing-masing 10 gerai pameran untuk badan beruniform dan 23 lagi untuk kelab dan persatuan, akan turut serta dalam ekspo dan karnival yang julung kali diadakan ini.

“Untuk itu, kami mengalu-alukan kehadiran ibu bapa, pelajar dan ahli keluarga berkunjung ke ekspo dan karnival ini.

“Sambil kita meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga, mereka boleh menyumbang kepada sekolah dan PIBG dengan membeli minuman dan makanan yang dijualkan sepanjang ekspo berlangsun­g,” katanya.

Beliau menambah, hasil kutipan jualan akan diagihkan oleh pihak PIBG untuk kegiatan dan aktiviti pihak badan beruniform, kelab dan persatuan di SMK Petra Jaya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Ekspo Badan Beruniform dan karnival Kelab dan Persatuan SMK Petra Jaya Hayati Edward, memberitah­u bahawa program ekspo akan bermula pada hari Jumaat 28 Julai, pada sebelah malam.

“Program sebelah malam ini adalah pertanding­an kebudayaan dan mencari bakat baharu di SMK Petra Jaya dan ia adalah program tertutup dan hanya khusus kepada ibu bapa para pelajar yang terlibat, dan pelajar SMK Petra Jaya yang terlibat.

“Pada esok harinya, iaitu 29 Julai, ia terbuka kepada semua penduduk di kawasan Petra Jaya, dan acara ekspo akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari,” katanya sambil menambah upaacara penutupan rasmi dijangka akan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

“Memandangk­an program ini adalah julung kali diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, maka pihak kami mengharapk­an akan mendapat maklum balas yang positif daripada para Ibu-Bapa dan masyarakat,” katanya lagi.

Terdahulu, mesyuarat Jawatankua­sa Penganjur Ekspo Badan Beruniform dan karnival Kelab dan Persatuan SMK Petra Jaya, dipengerus­ikan oleh YDP PIBG SMK Petra Jaya Awang Zaidel di Bilik Gerakan SMK Petra Jaya.

Turut hadir ahli jawatankua­sa PIBG dan para guru penyelaras badan beruniform, kelab dan persatuan di SMK Petra Jaya.

 ??  ?? LINCAH: Basri (tiga kanan), Josipah (dua kanan), Fatimah (dua kiri) bersama juara pertanding­an futsal Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Sri Aman.
LINCAH: Basri (tiga kanan), Josipah (dua kanan), Fatimah (dua kiri) bersama juara pertanding­an futsal Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia