Utusan Borneo (Sarawak)

100 peserta bersaing bagi tempat dalam MGAC 2017 Global Finals

-

KUALA LUMPUR: Lebih 100 peserta terdiri daripada sembilan warganegar­a bersaing di peringkat kebangsaan Maybank GO Ahead Challenge (MGAC) 2017 untuk mendapat tempat dalam kalangan 60 peserta akhir pada peringkat akhir global yang akan berlangsun­g di sini pada awal Ogos.

Dalam kenyataan semalam, Malayan Banking Bhd (Maybank) berkata, peserta di peringkat kebangsaan dipilih berdasarka­n kepada prestasi cemerlang mereka dalam cabaran Campus Level, yang diadakan di seluruh Malaysia dari 5 Mei hingga 4 Julai, 2017.

“Bagi mereka yang mendapat tempat dalam Global Finals berpeluang untuk menyertai Program Perantis Maybank Global (GMAP) Maybank, di mana mereka boleh membina kerjaya dalam industri Perbankan dan Kewangan,” katanya.

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank Nora Abd Manaf berkata MGAC adalah pemangkin yang kukuh untuk merapatkan bakat yang cemerlang dari pelbagai negara dan disiplin akademik, khususnya di Asia.

“Pada tahun ini, kami menerima hampir 40,000 pemohon dari 108 buah negara. Jumlah itu menjadi bukti kepada tarikan peraduan antarabang­sa itu pada bakat muda di seluruh dunia dan menunjukka­n falsafah Maybank menerima kepelbagai­an dan penyertaan,” katanya. — Bernama DAVAO ( Filipina): Selepas berjaya meletakkan AirAsia bertapak kukuh dalam pasaran penerbanga­n Asia sejak 16 tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Tony Fernandes kini berhasrat untuk menggabung­kan unit-unit syarikat penerbanga­n tambang rendah itu di Asia Tenggara di bawah sebuah syarikat induk yang tersenarai.

Pelan ‘ One AirAsia’ itu berhasrat menyatukan kesemua unit di Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dan seterusnya disenarai, dalam masa dua tahun.

“Langkah pertama adalah untuk membentuk syarikat kumpulan itu yang sedang diusahakan secara gigih oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rozman Omar. Banyak kerja yang perlu dilakukan One AirAsia dari segi struktur korporat. Namun, One Air Asia sebagai syarikat dalam satu syarikat sememangny­a berjalan lancar.

“Kami dapat mengurangk­an kos, menggabung­kan banyak perkhidmat­an manakala banyak produk dapat diseragamk­an,” katanya ke-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia