Utusan Borneo (Sarawak)

MDEC perkenalka­n Hab Digital Malaysia keempat

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) telah mengumumka­n WORQ, ruang komuniti kerjasama yang produktif sebagai Hab Digital Malaysia yang baharu, bagi menyokong dan menyediaka­n peluang teknologi dan medan kerjasama digital kepada syarikat permulaan dan masyarakat.

Inisiatif ini akan membantu syarikat- syarikat teknologi untuk menyambung ke ASEAN dan ekosistem digital global, kata MDEC dalam satu kenyataan kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif WORQ dan Pengasas Bersama, Stephanie Ping berkata hab tersebut menggalakk­an penyertaan dari semua syarikat permulaan teknologi, kerana ia memberi tumpuan kepada empat kategori iaitu syarikat permulaan yang sedang berkembang, syarikat teknologi global, syarikat pencepat, pembina bakat dan para pelabur.

WORQ adalah antara empat hab digital di Malaysia, selain daripada APW, The Co. dan Common Ground.

“Dengan memberikan mereka sebuah komuniti yang meriah dan mesra, mereka dapat berinterak­si dan berkembang serta mengembang­kan usaha mereka dalam ekosistem yang teguh dan menyokong,” kata Ping.

Sementara itu, seramai 15 usahawan teknologi dari Asia menyampaik­an idea- idea mereka dalam sesi WORQ kelmarin.

CXS Analytics dari Malaysia dan Oceo Water, Singapura telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandi n g a n s y a r i k a t p e r m u - laan awan bahagian ASEAN C r e a t e @ A l i b a b a d a n menerima wang kemenangan bernilai AS$ 50,000 ( RM214, 000) dan AS$ 10,000 (RM43, 000), masing- masing bagi tempattemp­at pertama dan kedua.

“Mereka akan meneruskan pertanding­an pada peringkat kejohanan dunia di Shanghai, China, bersama-sama dengan 12 juara antarabang­sa pada bulan Oktober depan,” kata MDEC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia