Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka kukuh

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka kukuh dan menyaksika­n aliran peningkata­n pada minggu ini, kata seorang peniaga.

Menurutnya, aliran pergerakan harga itu dijangka dipengaruh­i oleh prestasi di Bursa Komoditi Tokyo, ringgit serta niaga hadapan minyak mentah.

Peniaga itu berkata, harga minyak mempengaru­hi harga getah kerana turun naiknya akan menentukan paras harga pesaing getah asli iaitu getah sintetik.

“Pasaran itu dijangka kekal kukuh berikutan tindakan penggiatny­a yang bimbangkan aspek bekalan yang terhad selain minat belian yang terus ketara,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah bercampur- campur seiringan dengan aliran dicatatkan oleh pasaran hadapan serantau.

Ia turut didagangka­n rendah bagi dua hari pertama, bercampur- campur pada Rabu, kembali meningkat pada Khamis sebelum bercampur- campur pada hari menjelang akhir minggu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 34 sen kepada 657.5 sen sekilogram daripada 623.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 19 sen kepada 499 sen sekilogram daripada 518.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang Jumaat, harga penutup untuk gred tayar SMR 20 naik 24 sen kepada 661.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 19.5 sen kepada 517.5 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia