Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA TERBUNUH KERETA TERBABAS, LANGGAR POKOK

-

MIRI: Seorang wanita maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Pujut-Miri berhampira­n Kampung Lereng Bukit di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, Shirlime Raga, 26, dari Taman Ceria, Bandar Baru Permyjaya di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialami.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak, Deputi Superinten­den (DSP) Bingkok John dalam kenyataan medianya mengesahka­n kemalangan maut itu.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.45 pagi itu, mangsa yang memandu sebuah kereta sedang dalam perjalanan dari arah Pujut menuju ke pusat bandar.

“Setiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

Sehubungan itu menurut Bingkok, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1971.

Sementara itu menurut Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Penguasa Kanan Bomba I (PgKBI) Law Poh Kiong, sepasukan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Thomas Bigau dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bersama sebuah jentera Scania telah bergegas ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan.

Setiba di lokasi kata Law, komander operasi melaporkan bahawa kemalangan itu membabitka­n sebuah kereta yang terbabas ke bahu jalan lalu melanggar sebatang pokok.

“Anggota penyelamat segera bertindak mengeluark­an seorang wanita yang masih berada di bahagian tempat duduk pemandu.

“Sebaik dikeluarka­n, mangsa terus diserahkan kepada pihak polis dan pasukan paramedik yang kemudian mengesahka­n bahawa mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri.

 ??  ?? MALANG TIDAK BERBAU: Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk setelah melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Pujut-Miri, awal pagi semalam.
MALANG TIDAK BERBAU: Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk setelah melanggar pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Pujut-Miri, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia