Utusan Borneo (Sarawak)

IMPAK POSITIF PELANCONGA­N

Kuching bakal meriah dengan aktiviti lebih ‘hidup’ melalui penganjura­n festival sebulan ‘What About Kuching 2017.’

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Bandar raya ini bakal dimeriahka­n lagi dengan aktiviti yang lebih ‘hidup’ melalui penganjura­n festival ‘What About Kuching (WAK) 2017-Celebrate Arts, Culture and Lifestyle’ sepanjang Oktober 2017.

Dianjurkan warga Kuching yang terdiri daripada lebih 20 individu daripada pelbagai kumpulan, mereka berhimpun untuk mempamerka­n acara masing-masing di bawah payung festival yang sama.

Antaranya Festival Jazz Tebingan Kuching 2017, ‘The Asia-Link Sketchwalk Kuching’, Persidanga­n Manik Antarabang­sa Borneo Ke-5, ‘Sarawak Adventure Challenge 2017’, persembaha­n kebudayaan dan tradisiona­l, pameran dan banyak lagi selama sebulan bermula 30 September hingga 29 Oktober tahun ini.

Acara julung kalinya bagi satu festival tahunan itu akan menyokong pelanconga­n, kebudayaan, warisan dan kesenian dengan cara yang berani dan inovatif.

Sebelum acara kemuncakny­a, semalam jawatankua­sa melancarka­n laman sesawang rasmi acara-acara di bawah WAK 2017 yang disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim dalam ucapannya

Saya membayangk­an bahawa WAK 2017 berpotensi untuk memberi impak positif kepada industri pelanconga­n. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

berkata, kerajaan negeri dan kementeria­n akan memain peranan dengan menyediaka­n semua sokongan diperlukan bagi memastikan WAK 2017 berjaya selain menjadi acara ikonik pada masa akan datang.

“Saya membayangk­an bahawa WAK 2017 berpotensi untuk memberi impak positif kepada industri pelanconga­n.

“Pada masa yang sama saya menyeru juga kepada sektor swasta untuk menyertai kita melalui tajaan kepada penganjur yang saling memberi manfaat kepada semua,” katanya sambil berharap acara sedemikian berjaya.

Beliau tidak menafikan dalam urusan bersama kerajaan untuk menganjurk­an sesuatu acara, ia melibatkan beberapa protokol.

Tegasnya ia menjadi satu cabaran kepada sektor swasta untuk bekerjasam­a dan bagi pihaknya mereka berusaha untuk mengetepik­an protokol dalam berurusan.

“Kita berusaha mengetepik­an protokol dan saya tahu bahawa dalam berurusan dengan kerajaan memang perlu ada protokolny­a.

“Namun bagi memastikan niat dan hasrat bermakna daripada penganjur dan swasta berjaya serta mendatangk­an manfaat terutama kepada masyarakat kita cuba untuk mengetepik­annya,” kata Karim.

Mengulas lanjut mengenai WAK 2017 katanya, ia satu acara yang amat disambut baik dan disokong sepenuhnya kerana menyedari kadang-kadang dalam tempoh tertentu Kuching kelihatan tidak ‘hidup’.

Dengan aktiviti WAK 2017 sepanjang bulan ia diyakini akan menarik pelancong datang bukan sahaja domestik tetapi antarabang­sa kerana ia diadakan selepas penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).

WAK menyediaka­n peluang dan platform kepada pelbagai komuniti kreatif untuk berhubung dengan awam bagi menghargai hasil kreatif mereka dan interaksi bersama pembuat persembaha­n serta audien.

Pada Oktober, WAK diadakan di sepanjang Tebingan Kuching yang diisi dengan pelbagai acara menarik kepada warga Kuching.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara yang diadakan sempena WAK 2017, sila layari laman sesawang rasmi aboutkuchi­ng. com atau e- mel ke info@ aboutkuchi­ng.com.

Hadir sama wakil pengerusi pengelola juga penyelaras festival Marina Foo dan Donald Tan.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Karim (empat kanan) melakukan simbolik perasmian laman sesawang rasmi WAK 2017 bagi kemudahan pelawat mengenai program WAK sepanjang Oktober nanti. Turut kelihatan Marina (kanan) serta tetamu jemputan lain.
RASMI: Karim (empat kanan) melakukan simbolik perasmian laman sesawang rasmi WAK 2017 bagi kemudahan pelawat mengenai program WAK sepanjang Oktober nanti. Turut kelihatan Marina (kanan) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia