Utusan Borneo (Sarawak)

PEKIDA TERUS PUPUK UKHUWAH ISLAMIAH, PERPADUAN PELBAGAI KAUM DI S’WAK • HORIZON

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PERTUBUHAN Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) akan meneruskan pelbagai aktiviti yang mampu membantu memupuk ukhuwah Islamiah dan perpaduan pelbagai kaum dalam masyarakat negeri ini, kata Yang Dipertua PEKIDA Negeri Sarawak, Drahman Mohd Amin.

Katanya, visi dan misi perjuangan kami dengan keadaan masyarakat Sarawak yang hidup majmuk adalah mengharapk­an agar semua masyarakat pelbagai kaum di negeri ini terus bersatu-padu.

Beliau berkata, dalam konteks kebajikan, jemaah PEKIDA perlu mempunyai kesedaran serta tidak menafikan kepentinga­n masyarakat luar bandar yang berbeza bangsa dan agama tanpa mengira latarbelak­ang yang perlu dibantu atas dasar kemanusiaa­n.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PEKIDA Peringkat Negeri Sarawak oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip di Bangunan Martabat RPR SPPS Sebiew, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi PEKIDA Daerah Bintulu, Wan Sulaiman Wan Maulana; Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu; Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad; Ahli-ahli Majlis Tertinggi PEKIDA, ahli-ahli jemaah PEKIDA serta Dewan Ulama Tasawuf Indonesia.

Katanya, ahli-ahli PEKIDA juga diseru agar mempunyai kesedaran dalam ajaran keagamaan dan kepimpinan untuk mewujudkan masyarakat yang aman bahagia serta kesetiaan terhadap Yang di-Pertua Negeri sebagai pengganti sultan atau raja-raja di negeri ini sebagai simbolik tertinggi kepada kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri. “Ketaatan pertubuhan itu tidak pernah pudar kepada Sarawak serta tidak dipengaruh­i oleh elemen dan kepentinga­n dari luar justeru akan terus memupuk semangat berbakti kepada tanah air tercinta serta khidmat tulus ikhlas yang mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” ujarnya. Jelasnya, PEKIDA telah menempuh pelbagai pengalaman pahit namun telah menggunaka­n pendekatan damai dan bersabar untuk menangani persepsi masyarakat terhadapny­a. Meskipun begitu katanya, sehingga kini keahlian PEKIDA dari Kuching hingga ke Lawas telah mencecah 10,000 dan Insya-Allah akan bertambah dari semasa ke semasa.

Menurut beliau lagi, dengan semangat seluruh jemaah PEKIDA, ia akan terus memberi kekuatan kepada mereka untuk terus bergerak dan berjuang untuk kebaikan ahli-ahlinya serta masyarakat di negeri ini.

Sementara itu, Wan Sulaiman berkata, PEKIDA Bintulu sedang merancang program berbentuk kemasyarak­atan untuk penduduk setempat antaranya program bantuan sumbangan untuk masyarakat yang memerlukan tanpa memilih bangsa dan agama.

“Selain itu, kami juga sedia memberi kerjasama dengan kerajaan sekiranya bantuan kami diperlukan dalam beberapa perkara,” katanya sambil menghargai dan berterima kasih kepada Talib yang banyak memberi sumbangan dana dan membantu PEKIDA Bintulu untuk terus berkembang.

 ??  ??
 ??  ?? ISTIMEWA: Dendangan lagu raya oleh Daus AF memeriahka­n suasana majlis Aidilfitri PEKIDA. SALAM: Talib bersalaman dengan jemaah PEKIDA sambil diiringi oleh Drahman (belakang) dan Wan Sulaiman (kiri). RAIKAN MAJLIS: Talib (tengah), Drahman, Wan Sulaiman...
ISTIMEWA: Dendangan lagu raya oleh Daus AF memeriahka­n suasana majlis Aidilfitri PEKIDA. SALAM: Talib bersalaman dengan jemaah PEKIDA sambil diiringi oleh Drahman (belakang) dan Wan Sulaiman (kiri). RAIKAN MAJLIS: Talib (tengah), Drahman, Wan Sulaiman...
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Talib (tengah) bersama Drahman (kiri) dan jemaah kepimpinan PEKIDA dan tetamu melaungkan slogan perjuangan PEKIDA Sarawak.
BERSEMANGA­T: Talib (tengah) bersama Drahman (kiri) dan jemaah kepimpinan PEKIDA dan tetamu melaungkan slogan perjuangan PEKIDA Sarawak.
 ??  ?? MERIAH: Antara yang hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PEKIDA.
MERIAH: Antara yang hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri PEKIDA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia