Utusan Borneo (Sarawak)

Dikecam, rejim Israel guna cara halus

Sekatan tetap ketat, Wakaf, pentadbir kompleks Masjidil Aqsa, seru terus boikot

-

BAITUL M A Q DI S: Pegawai Wakaf berkata semalam umat Islam perlu terus memboikot Masjidil Aqsa setelah rejim Israel menggantik­an alat pengesan logam dengan cara kawalan lain menggunaka­n teknologi termaju yang tidak dinyatakan dengan jelas.

“Jangan masuk ke Masjidil Aqsa sehingga jawatankua­sa teknikal Wakaf membuat penilaian dan situasi kembali seperti sediakala seperti mana sebelum 14 Julai lalu,” menurut kenyataan Wakaf, pertubuhan Islam yang mentadbir kompleks masjid suci itu.

Israel telah menurunkan alat pengesan logam dan kamera pemantauan sebelum subuh semalam, tetapi mengakui akan melaksanak­an kawalan lebih ketat dengan menggunaka­n teknologi termaju dan cara lain yang tidak diperincik­an.

Langkah tersebut susulan seruan meluas diplomasi antarabang­sa yang cuba mengurangk­an ketegangan ekoran peningkata­n kawalan ke atas kompleks tersebut yang dikenali sebagai Haram al-Sharif atau Temple Mount bagi Yahudi.

Kru menanggalk­an alat pengesan logam dari salah satu pintu masuk utama ke kompleks tersebut dan kamera yang dipasang di atas jejambat juga telah dibuka, menurut laporan koresponde­n AFP.

Puluhan anggota tentera Israel berkawal di pintu masuk tersebut ketika jemaah bersolat Subuh di luar seperti mana beberapa hari lalu sebagai tanda protes terhadap peningkata­n sekatan itu.

“Kabinet keselamata­n Israel membuat keputusan untuk menukar pemeriksaa­n dengan alat pengesan logam kepada cara pemeriksaa­n keselamata­n berdasarka­n teknologi termaju dan cara lain,” menurut pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Ratusan penduduk Palestin berhimpun dekat pintu masuk kompleks tersebut untuk meraikan keputusan tersebut dan seseorang melancarka­n bunga api, menyebabka­n polis rejim menggunaka­n bom tangan bunyi untuk meleraikan orang ramai.

“Pergerakan ini adalah pergerakan jalanan,” kata Sheikh Raed Dana daripada Wakaf.

“Kami sebagai Wakaf mendengar suara jalanan. Suara jalanan berkata ya dan kami akur; jika suara jalanan berkata tidak kepada langkah- langkah tersebut, kami juga menolaknya,” katanya susulan keputusan rejim itu.

Keputusan tersebut dibuat susulan rundingan antara Netanyahu dengan Raja Jordan Abdullah II, di mana Jordan adalah penjaga rasmi tapak suci di Baitulmaqd­is.

Ia juga susulan rundingan krisis oleh salah seorang pembantu kanan Presiden AS Donald Trump, Jason Greenblatt, dan utusan PBB memberi amaran risiko peningkata­n ketegangan.

“Bahaya di jalanan akan meningkat jika kita membenarka­n satu lagi solat Jumaat tanpa penyelesai­an kepada krisis semasa,” kata Nickolay Mladenov selepas taklimat Majlis Keselamata­n PBB yang bertemu untuk membincang­kan cara melegakan ketegangan kelmarin.

Mladenov memberi amaran keganasan di Baitulmaqd­is boleh merebak melangkaui Timur Tengah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pengawal keselamata­n kedutaan Israel di Amman melarikan diri ke Tel Aviv lewat kelmarin bersama kakitangan kedutaan yang lain setelah perjanjian dipersetuj­ui susulan pembunuhan dua warga Jordan pada Ahad.

Pengawal terbabit menembak mati pemuda Jordan yang menyerangn­ya dengan pemutar skru, selain menyebabka­n seorang doktor Jordan yang berada di tempat kejadian cedera sebelum kemudian disahkan mati.

Jordan mahu menyoal siasat pengawal terbabit tetapi rejim menuntut kekebalan diplomatik. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? ADA MUSLIHAT: Tentera Israel meleraikan alat pengesan logam yang baharu dipasang di pintu masuk ke pekarangan Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, awal semalam.
— Gambar Reuters ADA MUSLIHAT: Tentera Israel meleraikan alat pengesan logam yang baharu dipasang di pintu masuk ke pekarangan Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is, awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia