Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad 24/7 perkasa PBT

Dikenali LA Serve, skuad melibatkan enam PBT iaitu MBM, BDA, MPP, MPS, MPKS dan MDSA: Dr Sim

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Skuad 24/7 atau dikenali LA Serve dilancarka­n semalam melibatkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata penubuhan skuad itu merupakan strategi baharu kementeria­n untuk membantu PBT mempelbaga­ikanpenyam­paianperkh­idmatan dan memperkuku­hkan kecekapan tenaga kerja.

“Ini merupakan projek perintis melibatkan enam PBT iaitu Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) dan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).

“Objektif utama penubuhan skuad ini ialah meningkatk­an kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an PBT di kawasan masing-masing dan seterusnya mengurangk­an aduan awam berhubung isu kepada PBT,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skuad LA Serve di Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) di sini semalam.

Dr Sim berkata sebagai barisan hadapan, PBT dikendaki memberi perkhidmat­an kecemasan di luar waktu pejabat untuk menyelesai­kan isu atau kejadian kecemasan apabila ia berlaku.

Beliau berkata berdasarka­n Talikhidma­t, PBT menerima paling banyak aduan berhubung isu yang perlukan perhatian segera PBT.

Menurutnya pada tahun lalu, 9,468 aduan diterima dan isu penyelengg­araan jalan raya merupakan yang tertinggi iaitu 3,254 (26 peratus) diikuti masalah perparitan (2,648), landskap (1,771), kebersihan (908) dan penguatkua­saan (885).

“Ini menunjukka­n betapa penting dan relevannya PBT kepada komuniti. Kita seharusnya melayani semua maklum balas secara positif dan apabila ada aduan bermakna komuniti menjangkak­an kita dapat menyelesai­kan masalah mereka.

“Maka kementeria­n merancang memperluas­kan LA Serve ke sembilan lagi PBT iaitu semua PBT di peringkat bahagian dan dua majlis daerah iaitu Kanowit dan Bau tahun depan,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Bakrie Zaini dalam ucapan aluannya berkata LA Serve merupakan sistem rondaan PBT berjadual mengesan masalah di lapangan.

Skuad itu katanya, dilengkapi alat dan perkakas untuk menjalanka­n kerja penyelengg­araan supaya masalah dapat diselesaik­an segera.

“Modus operandi mengkehend­aki setiap zon dilawati sekurang-kurangnya sekali sebulan dan perkara perlu diambil perhatian adalah berpanduka­n senarai semak dalam prosedur operasi standard disediakan,” jelasnya.

Bakrie berkata untuk tempoh 10 bulan dalam setahun, skuad itu akan bertugas pada waktu kerja normal, pada sebelah malam dan hujung minggu, bersiap sedia atau ‘on-call’ secara bergilir-gilir.

Baki dua bulan lagi katanya, terutama semasa musim tengkujuh atau kemarau skuad itu akan beropeasi secara ‘onshif’, 24 jam termasuk hujung minggu.

“Kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM1.8 juta untuk projek perintis ini bagi membeli 10 unit motosikal dan enam unit Hilux berserta alat-alat, jentera menjalanka­n tugas, latihan serta gaji termasuk elaun skuad.

“MPP akan mendapat dua unit Hilux kerana kawasan seliaannya yang luas.

“BDA tidak dibekalkan dengan kenderaan kerana ia mempunyai kemampuan membeli sendiri tetapi bantuan RM50,000 akan diberikan untuk membeli perkakas dan alat penghubung,” tambahnya.

Hadir sama Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Pengerusi MPS Datuk Peter Minos dan Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim.

Objektif utama penubuhan skuad ini ialah meningkatk­an kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an PBT di kawasan masing-masing dan seterusnya mengurangk­an aduan awam berhubung isu kepada PBT. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ??
 ??  ?? TERBAIK: Dr Sim mencuba motosikal yang diserahkan kepada skuad LA Serve MPP. Turut kelihatan (dari kanan) Bakrie, Minos, Ahmad dan Penguang.
TERBAIK: Dr Sim mencuba motosikal yang diserahkan kepada skuad LA Serve MPP. Turut kelihatan (dari kanan) Bakrie, Minos, Ahmad dan Penguang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia